Friday

Novel Kamus Asmara by Syann Alyahya

Episod 2

Sambungan Prolog



      “Nak,”
      Tiba-tiba Syazlin merasakan bahunya disentuh lembut. Ditolehnya ke belakang lalu dilihatnya pemandu teksi itu tadi berdiri di belakangnya sambil tersenyum nipis ke arahnya. Syazlin dengan segera menyeka airmatanya yang masih bersisa. Tidak mahu dilihat oleh lelaki tua itu.
      “Anak tak apa-apa ke? Sejak tadi lagi pakcik tengok anak ni macam tengah kenangkan sesuatu,”
      Syazlin diam tanpa menyahut pertanyaan lelaki hampir separuh abad di belakangnya itu. Matanya masih jatuh merenung pusara arwah kekasihnya, malah sepertinya dia tidak akan berkata apa-apa saat itu. Berat untuk dia meluahkannya lebih lagi kepada seseorang yang tidak dikenalinya.
      “Maafkan pakcik kalau pakcik menyibuk tapi pakcik pun rasa serba salah bila lihat keadaan anak macam ni. Kalau boleh pakcik tahu, kubur siapa yang anak ziarahi ni?” soal lelaki tua itu lagi. Biarlah andai dituduh menjaga tepi kain gadis itu, namun dia sendiri penasaran ingin tahu apa yang sedang terjadi kepada gadis di depannya itu sekaligus penumpang teksinya itu. Dia sedikit sebanyak turut merasa sedih melihatkan keadaan gadis itu. Seakan-akan mempunyai masalah besar yang tidak diketahui oleh sesiapa melainkan dirinya sendiri.
      “Hmm.. tak apalah kalau anak masih belum bersedia nak ceritakan pada pakcik tentang hal anak. Pakcik tak memaksa. Takpelah kalau begitu pakcik tunggu kat pondok sana tu. Anak ambillah masa selama mana yang anak mahu. Pakcik minta diri dulu.” Ujar pemandu teksi itu seraya berlalu pergi meninggalkan gadis itu sendirian di situ melayan perasaannya.
      Syazlin masih kaku dengan kedudukannya di situ. Hanya derap langkah pemandu teksi itu sahaja yang kedengaran makin jauh darinya. Barangkali tidak mahu mengganggu dirinya. Tiba-tiba perasaan bersalah menerpa dihatinya terhadap lelaki tua itu apabila setiap pertanyaan tidak dijawabnya. Dia mengeluh berat mengenangkan semua yang pernah terjadi di dalam hidupnya selama ini. Segala pahit dan suka duka diharungnya sendiri tanpa insan yang amat dicintainya,  Adlan Izzuddin.
      Mengenangkan semua itu membuatkan airmatanya serasa ingin menitis entah untuk kali yang ke berapa kerana selama hidupnya hanya airmata yang setia menjadi peneman kala memori itu menjelma di lembaran mindanya ditambah dengan rasa rindu yang semakin menggila dihati gadisnya terhadap lelaki itu. Dia menunduk memandang sepi pusara insan yang dirinduinya saban hari itu. Mutiara jernih dirasakan hangat mengalir ke pipi mulusnya.
      ‘Saya rindukan awak, Adlan. Maafkan saya kerana tak dapat lupakan awak dan maafkan saya kerana masih tak dapat menerima pemergian awak. Maafkan saya kerana terlalu rindu dan cintakan awak.’ Bisik hati kecilnya sendiri sambil menahan sendu yang semakin deras mengalir dijiwanya. Akhirnya dia terjelepok di sisi pusara itu tanpa menyedari hari yang kian merangkak pergi meninggalkan siang dan akan bergantikan malam.   bersambung

                                                                                                                                           sy@nn1107

Thursday

Cuti Semester Kedua Bermula lagi...!!!!

Bila mula je cuti smester mesti dh terpk2 nk bt ap kan?tp aku xth lg..mungkin bercinta ngn novel aku ni lh kot yg x pernah nk siap ni...huhuhu...so, sesape yg ad suggestion utk my novel ke ap blh la bg k..sinopsis dh dipostkan..kt blog ni ialah kebanyakan dunia novel especially utk sesape yg kaki novel tu k..daaaa   
                                                                        sy@nn1107

Wednesday

Sinopsis Novel Kamus Asmara by Syann Alyahya

                                                            

Entahkan sampai bila 
aku harus begini 
menjadi penanti setia dipelabuhan cinta...


Cinta pertama tidak semestinya cinta yang tidak mampu ditandingi walaupun dia bukan ditakdirkan untuk seorang insan yang bergelar sang pencinta setia.
  Begitu jua diibaratkan kepada Syazlin Batrisya, sang pencinta yang sentiasa setia menanti kehadiran pemilik sebenar cintanya setelah dia kehilangan cinta pertamanya suatu ketika dahulu. Namun, dia redha dengan perpisahan yang dipinta itu.
   Saat hati masih bersulam luka, muncul seorang insan yang tidak pernah terduga oleh Syazlin. Cinta keduanya yakni pemilik cintanya yang dicari-cari selama ini. Pertemuan yang tidak terduga memberi petanda kepada gadis itu bahawa jejaka itulah yang dinantinya selama ini setelah berpisah dengan kekasih lamanya. Kehadiran Adlan Izzuddin mengembalikan ceria di hatinya sekaligus telah merawat luka yang sekian lama robek.
   Kebahagiaan hakiki yang bakal dikecapi itu tidak lama dia rasai apabila luka baru tertoreh kembali di hati gadisnya. Adlan Izzuddin pergi menyambut seruan Ilahi sekaligus membawa pergi cinta mereka bersama selama-lamanya. Syazlin hampir hilang pedoman setelah tragedi itu dan bertahun jua dia terpaksa menanggung duka dan rindu yang menggunung terhadap lelaki itu sehingga akhirnya dia dihantar ke luar negara bersama janjinya pada arwah lelaki itu juga demi melupakan segala yang terjadi dalam kamus hidupnya selama ini. Tiada lagi cinta lain yang akan dinantinya jua tiada lagi pemilik cintanya yang lain kerana baginya cinta keduanya itu merupakan cinta sejati yang tidak sekali-kali akan dia lupakan.
  Dia kembali pulang ke tanah air bersama-sama janjinya yang masih terpatri di hati gadisnya. Sekali lagi dia diuji dengan kehadiran cinta pertamanya yang ingin menagih janji lama. Mampukah Syazlin menerimanya kembali setelah berbagai-bagai dugaan dan kelukaan yang diharungi sendiri tanpa insan tersayang disisinya?
                                                                                                                                             sy@nn1107

Novel Kamus Asmara by Syann Alyahya

Episod 1


 
                                           PROLOG

 

Gadis itu berjalan  keluar dari  kawasan Lapangan Terbang Sultan Mizan sambil menolak troli bagasinya. Dia berhenti di tempat menunggu teksi sambil matanya sesekali melirik jam di pergelangan tangan kanannya. Waktu itu jam menunjukkan pukul 4.30 petang.
      ‘Masih awal lagi. Sempat kot,’ bisik hati kecilnya sambil fikirannya memikirkan sesuatu.
      Matanya melilau-lilau mencari kelibat teksi. Lantas, matanya segera terpanah pada sebuah teksi yang sedang menuju masuk ke lorong teksi  lalu ditahannya teksi itu.
      “Ya, cik. Nak ke mana? Boleh pak cik hantarkan,” soal pemandu teksi tersebut sambil melemparkan senyuman mesra sebaik sahaja gadis itu membuka pintu di sebelah pemandu.
      “Err.. tolong hantarkan saya ke kedai bunga dulu, kemudian saya nak ke tanah perkuburan  dekat Kampung Marang, boleh tak?”  ujar gadis bertudung litup itu sambil turut melemparkan senyuman ke arah pemandu yang dalam lingkungan 40-an itu.
      “Ya, sudah tentu boleh,cik. Silakan naik. Biar pak cik tolong masukkan barang-barang cik dulu.”
      Gadis itu mengangguk sebelum memboloskan tubuhnya ke dalam perut teksi tersebut.
      “ Err.. tolong berhenti dekat kedai bunga depan sana tu ye, pakcik.” Pinta gadis itu sambil jarinya menunjuk ke arah kedai bunga yang dimaksudkan. Segera pemandu teksi itu membelokkan teksinya ke pinngir jalan.
      “ Tunggu sekejap ye, pakcik. Saya nak beli bunga.”
      “ Ye, baiklah cik.”
      Sepuluh  minit kemudian gadis itu tiba di dalam perut teksi itu dengan sejambak ros putih di tangannya. Pemandu itu sedikit hairan dengan ros putih di tangan gadis itu. Entah apa yang nak dilakukan gadis itu dengan bunga tersebut. Getus hatinya sendiri tanpa berniat mahu bertanya, nanti dikatakan menyibuk pula.
      “ Nak ke mana lagi, cik?” soal pemandu itu apabila dilihatnya gadis itu leka dengan bunga di ribaannya.
      “ Kita ke tanah perkuburan dekat Kampung Marang pula pakcik.” Ujar gadis itu setelah agak lama mendiamkan diri.
      Tanpa menunggu lama pemandu itu terus memandu teksinya ke destinasi yang diarahkan penumpangnya itu tadi. Namun, ada sesuatu yang sedang bermain di minda tentang penumpangnya itu. ‘Apakah yang mahu dilakukannya di situ? Kubur siapa yang mahu diziarahinya?’ benaknya diserbu dengan berbagai-bagai persoalan yang dia sendiri tidak tahu jawapannya.
      Ingin ditanya tetapi berasa serba salah pula. Patutkah dia bertanya? Tapi, nanti apa pula kata gadis itu jika ditanya. Adakah dia akan memarahinya atau sebaliknya? Dia sendiri buntu dengan keadaan itu. Namun, dipendamkan dahulu niatnya itu. Bila dirasakan masa yang sesuai tiba nanti dia akan cuba bertanya kepada gadis itu.


SUASANA  di tanah perkuburan Kampung Marang tersebut kelihatan begitu tenang dan sunyi sekali. Hanya sesekali bunyi deru angin yang menyapa-nyapa pohon-pohon di situ serta bunyi kicauan burung-burung sahaja yang kedengaran demi mengusir kesepian yang bermaharajalela di tanah perkuburan tersebut. Syazlin hanya bersendirian di situ.
       Syazlin Batrisya duduk di sisi pusara yang sepi sesepi hatinya selama bertahun-tahun lamanya itu. Dia serasa peristiwa 6 tahun lalu baru berlaku semalam di mana dia kehilangan insan tersayang dari hidupnya bersama sekeping hatinya jua sekaligus. Sungguh dia terlalu merindui lelaki itu. Rindu segalanya tentang lelaki itu. Kenangan bersama lelaki itu seakan menari-nari di benaknya kala itu hingga mengundang sayu dan sebak dalam hatinya.
       Ros putih yang dibelinya tadi diletakkan di atas pusara insan tercinta. Ros putih yang melambangkan simbol percintaan mereka berdua suatu waktu dahulu, dan hingga kini ia tetap menjadi simbol keagungan cinta antara mereka walaupun insan yang dicintai telah pergi menyahut seruan Ilahi 6 tahun lalu. Namun, dia pasrah dengan ketentuan Ilahi ke atas nasib dirinya selama ini walau dugaan yang menimpanya maha hebat dan perit untuk ditelan. Siapa sangka gadis yang tidak pernah lekang dengan senyuman di bibir ini menanggung sejuta sengsara dan penderitaan selama 6 tahun itu.
      Syazlin masih duduk berteleku di sisi pusara itu tanpa berkutik walhal bersuara langsung. Entah apa yang difikirkan kala itu hanya dia sendiri yang tahu. Selang beberapa selepas itu barulah dia tersedar daripada lamunannya lantas tangannya membersihkan pusara lelaki itu. Sekejap-sekejap kelihatan dia mengusap batu nisan itu merungkai kerinduan yang sarat bertapa di jiwa gadisnya yang begitu mendambakan kehadiran lelaki itu kembali ke dalam hidupnya. Namun, dia sedar semua itu tidak akan terjadi, lalu dia pasrah. Pasrah dengan segala ketentuan yang telah tersurat untuk dirinya saat dirinya ditinggalkan oleh lelaki yang amat dikasihi, dicintai dan dirindui itu.
      “Awak, saya datang,” tiba-tiba Syazlin berbicara sendiri seakan lelaki itu berada di hadapannya waktu itu. “Saya rindukan awak. Terlalu rindukan awak.” Saat itu juga mutiara jernih meluncur laju di pipi mulusnya. Sendunya semakin kuat dan tidak mampu dibendung lagi. Dia menangis sepuasnya bagai meluahkan kesengsaraan yang kian mencengkam di jiwa gadisnya tanpa menyedari dirinya diperhatikan sejak dia mula melangkah ke kawasan perkuburan itu tadi.....    bersambung

                                                                                                                                       sy@nn1107

Bienvenue sur Mon Blog.... ^_^

Blog ni ak create juz suke suki jeee..knp Ganis Tiramisu??Ganis tu aku xleh ckp knp sbb ada mkne sebalik nye..Tiramisu???coz i love tiramisu so damn much.. :)

   Blog ni blog utk novel aku sbnrnye..mn la th kan blh kongsi2 idea ke ap..especially bg y ske novel2 ni..novel aku blum siap2 lg sbb sibuk ngn study..tp ble dh start cuti sem ni blh ler kot lpak2 kt umah n bt novel aku tu.. so,xnk ckp byk..enjoy yrself at my blog..

nanti2 aku post kan ringkasan novel aku okey... salam.. au revoir...  sy@nn1107

ShoutMix chat widget