Wednesday

Novel Kamus Asmara by Syann Alyahya

Episod 1


 
                                           PROLOG

 

Gadis itu berjalan  keluar dari  kawasan Lapangan Terbang Sultan Mizan sambil menolak troli bagasinya. Dia berhenti di tempat menunggu teksi sambil matanya sesekali melirik jam di pergelangan tangan kanannya. Waktu itu jam menunjukkan pukul 4.30 petang.
      ‘Masih awal lagi. Sempat kot,’ bisik hati kecilnya sambil fikirannya memikirkan sesuatu.
      Matanya melilau-lilau mencari kelibat teksi. Lantas, matanya segera terpanah pada sebuah teksi yang sedang menuju masuk ke lorong teksi  lalu ditahannya teksi itu.
      “Ya, cik. Nak ke mana? Boleh pak cik hantarkan,” soal pemandu teksi tersebut sambil melemparkan senyuman mesra sebaik sahaja gadis itu membuka pintu di sebelah pemandu.
      “Err.. tolong hantarkan saya ke kedai bunga dulu, kemudian saya nak ke tanah perkuburan  dekat Kampung Marang, boleh tak?”  ujar gadis bertudung litup itu sambil turut melemparkan senyuman ke arah pemandu yang dalam lingkungan 40-an itu.
      “Ya, sudah tentu boleh,cik. Silakan naik. Biar pak cik tolong masukkan barang-barang cik dulu.”
      Gadis itu mengangguk sebelum memboloskan tubuhnya ke dalam perut teksi tersebut.
      “ Err.. tolong berhenti dekat kedai bunga depan sana tu ye, pakcik.” Pinta gadis itu sambil jarinya menunjuk ke arah kedai bunga yang dimaksudkan. Segera pemandu teksi itu membelokkan teksinya ke pinngir jalan.
      “ Tunggu sekejap ye, pakcik. Saya nak beli bunga.”
      “ Ye, baiklah cik.”
      Sepuluh  minit kemudian gadis itu tiba di dalam perut teksi itu dengan sejambak ros putih di tangannya. Pemandu itu sedikit hairan dengan ros putih di tangan gadis itu. Entah apa yang nak dilakukan gadis itu dengan bunga tersebut. Getus hatinya sendiri tanpa berniat mahu bertanya, nanti dikatakan menyibuk pula.
      “ Nak ke mana lagi, cik?” soal pemandu itu apabila dilihatnya gadis itu leka dengan bunga di ribaannya.
      “ Kita ke tanah perkuburan dekat Kampung Marang pula pakcik.” Ujar gadis itu setelah agak lama mendiamkan diri.
      Tanpa menunggu lama pemandu itu terus memandu teksinya ke destinasi yang diarahkan penumpangnya itu tadi. Namun, ada sesuatu yang sedang bermain di minda tentang penumpangnya itu. ‘Apakah yang mahu dilakukannya di situ? Kubur siapa yang mahu diziarahinya?’ benaknya diserbu dengan berbagai-bagai persoalan yang dia sendiri tidak tahu jawapannya.
      Ingin ditanya tetapi berasa serba salah pula. Patutkah dia bertanya? Tapi, nanti apa pula kata gadis itu jika ditanya. Adakah dia akan memarahinya atau sebaliknya? Dia sendiri buntu dengan keadaan itu. Namun, dipendamkan dahulu niatnya itu. Bila dirasakan masa yang sesuai tiba nanti dia akan cuba bertanya kepada gadis itu.


SUASANA  di tanah perkuburan Kampung Marang tersebut kelihatan begitu tenang dan sunyi sekali. Hanya sesekali bunyi deru angin yang menyapa-nyapa pohon-pohon di situ serta bunyi kicauan burung-burung sahaja yang kedengaran demi mengusir kesepian yang bermaharajalela di tanah perkuburan tersebut. Syazlin hanya bersendirian di situ.
       Syazlin Batrisya duduk di sisi pusara yang sepi sesepi hatinya selama bertahun-tahun lamanya itu. Dia serasa peristiwa 6 tahun lalu baru berlaku semalam di mana dia kehilangan insan tersayang dari hidupnya bersama sekeping hatinya jua sekaligus. Sungguh dia terlalu merindui lelaki itu. Rindu segalanya tentang lelaki itu. Kenangan bersama lelaki itu seakan menari-nari di benaknya kala itu hingga mengundang sayu dan sebak dalam hatinya.
       Ros putih yang dibelinya tadi diletakkan di atas pusara insan tercinta. Ros putih yang melambangkan simbol percintaan mereka berdua suatu waktu dahulu, dan hingga kini ia tetap menjadi simbol keagungan cinta antara mereka walaupun insan yang dicintai telah pergi menyahut seruan Ilahi 6 tahun lalu. Namun, dia pasrah dengan ketentuan Ilahi ke atas nasib dirinya selama ini walau dugaan yang menimpanya maha hebat dan perit untuk ditelan. Siapa sangka gadis yang tidak pernah lekang dengan senyuman di bibir ini menanggung sejuta sengsara dan penderitaan selama 6 tahun itu.
      Syazlin masih duduk berteleku di sisi pusara itu tanpa berkutik walhal bersuara langsung. Entah apa yang difikirkan kala itu hanya dia sendiri yang tahu. Selang beberapa selepas itu barulah dia tersedar daripada lamunannya lantas tangannya membersihkan pusara lelaki itu. Sekejap-sekejap kelihatan dia mengusap batu nisan itu merungkai kerinduan yang sarat bertapa di jiwa gadisnya yang begitu mendambakan kehadiran lelaki itu kembali ke dalam hidupnya. Namun, dia sedar semua itu tidak akan terjadi, lalu dia pasrah. Pasrah dengan segala ketentuan yang telah tersurat untuk dirinya saat dirinya ditinggalkan oleh lelaki yang amat dikasihi, dicintai dan dirindui itu.
      “Awak, saya datang,” tiba-tiba Syazlin berbicara sendiri seakan lelaki itu berada di hadapannya waktu itu. “Saya rindukan awak. Terlalu rindukan awak.” Saat itu juga mutiara jernih meluncur laju di pipi mulusnya. Sendunya semakin kuat dan tidak mampu dibendung lagi. Dia menangis sepuasnya bagai meluahkan kesengsaraan yang kian mencengkam di jiwa gadisnya tanpa menyedari dirinya diperhatikan sejak dia mula melangkah ke kawasan perkuburan itu tadi.....    bersambung

                                                                                                                                       sy@nn1107

2 comments:

Anonymous said...

syan akhirnya ader jgak blog kau tp cerita apesal mula dngan kesedihan tak romantiklah ...satu lg mcm pnah dngar nama adlan tu kat mner eeer

ganistiramisu said...

hahahaha....bru nk jinak2 kambing ngn blog ni..cm best je tgk rmmate ak berblog bgai..besaa la..nk bt len ckit..prolog tu... juz tgu k utk smbungn seterusnye... :)

Post a Comment


ShoutMix chat widget