Sunday

BAB 2 Kamus Asmara

Episod 4


Tepukan gemuruh daripada pelajar-pelajar SMK Tun Lela Senggara kedengaran dalam dewan Al-Arif setelah pengetua selesai memberi ucapan. Sejurus seminit kemudian seorang pengawas yang telah ditugaskan khas selaku pengerusi majlis bagi menjemput seorang pengawas lelaki untuk mengiring bacaan doa dan seterusnya mengakhiri majlis perhimpunan pada hari Ahad itu. Usai doa dibaca, para pelajar kelihatan berrebut-rebut untuk keluar. Suasana di dalam dewan sedikit hangar-bingar dan beberapa orang pengawas telah bersedia di tepi pintu keluar bagi memastikan semua pelajar keluar dalam keadaan teratur. Syazlin dan Fara kelihatan sedang menutup pintu-pintu dewan yang dibuka sebelum perhimpunan tadi. Setelah segalanya selesai, mereka berjalan menuju ke kelas.
             
             *****************************************************

      “Woi, korang nak dengar gosip tak? Panas and sensasi youu..”  ujar Fitri, pelajar lelaki yang sentiasa penuh dengan gosip dan juga memiliki mulut yang agak laser kepada Syazlin dan  Fara yang waktu itu sedang sibuk menyiapkan homework yang masih belum siap.
      “Oii.. Cik Fitriah kot iye pun nak bergosip bagi salam la dulu. Ini tak main redah je. Aku backhand karang baru kau tahu.”  bebel  Fara kepada Fitri. Terkejut apabila disergah sebegitu. Syazlin di sebelahnya hanya tersenyum melihat kerenah mereka. ‘Takde kerja lain minah dua orang ni, uh..uh..uh..’ desis Syazlin dalam hati. Namun, Fitri hanya tersenyum sumbing. Barangkali tersedar kesalahannya tadi kerana tidak sabar-sabar untuk berkongsi gosip bersama-sama mereka berdua tadi.
      “Hii.. sorry la  Fara. Aku excited sangat tau sebab cerita ni memang lebih hot daripada biasa tau. Kalau nak dibandingkan dengan gosip artis-artis tu gosip yang ni lagi meletup sensasi tau. Confirm meletup satu sekolah ni kalau masuk paper. Korang nak tahu ke tak ni?” ngomel Fitri. Lagaknya mengalahkan seorang wartawan, penuh gaya ketika bercakap.
      ‘Mamat soft ni still cool lagi tu. Kalau aku confirm dah meletup dibuat dek Fara murai ni.’ gerutu Syazlin dalam hati. “Emm.. cepatlah. Gosip pebende yang lebih hot daripada biasa tu.” ejek  Fara sambil meniru gaya Fitri bercakap tadi. “Sya.. tengok  Fara ni. Ejek aku pulak, uukkk… Suka la tu boleh ejek aku. Nasib baik kau kawan aku, kalau tak dah lama aku saman kau tau.” rengek lelaki itu sambil memuncungkan bibirnya. Tidak puas hati apabila diejek sebegitu.
      “Kau ni  Fara kalau tak usik mamat ni satu hari tak sah.” bebel Syazlin seolah-olah cuaba membela temannya itu, kononnya. “Eleh..mamat ni manja sangat. Tak padan dengan lelaki. Sengalll…” ujar  Fara sambil menjelir lidahnya ke arah Fitri.
      “Dah la tu. Kau ni pun Fara, alahai.. Hm.. cakaplah gosip pasal apa yang kau nak cakap tadi. Kalau cikgu masuk nanti tak sempat pulak. Lepas tu jadi tak hot daripada biasa. Siapa yang susah, kau jugak.” Syazlin cepat-cepat memotong kata-kata Fara. Tidak mahu merosakkan mood mereka bertiga dan bosan dengan perangai mereka berdua yang tak pernah puas bergaduh.
      “Sya jugak baik tau. Tak macam kau tu Fara. Contohilah Cik Syazlin Batrisya Jamzari kita ni. Ikutkan hati aku ni malas dah nak story kat korang tapi sebab Sya yang baik hati ni aku story jugak. Kau kena ucap terima kasih kat Sya ni  Fara tau. Ok..ok..ok.. Storynya camni. Tadi aku ternampak sepasang merpati paling top, pop and pot bergaduh youu.. Si minah mak tiri Cinderella tu siapa lagi kalau bukan Erina Mokhtar dengan putera idaman setiap gadis sekolah ni walaupun tak berapa nak jadi idaman jugak iaitu Raja Muhd Hezrey bin Raja Ezkandar.
      Berdasarkan apa yang aku tengok tadi diorang gaduh besar. Aku usha la diorang gaduh pasal apa. You all nak tahu tak kes apa sampai diorang gaduh? Tengok pada gayanya hubungan diorang macam nazak sangat dah cuma tunggu saat hembusan terakhir je. Macam tengok drama pun ada tau,” begitu bersemangat Fitri membuka ceritanya tanpa menghiraukan rakan sekelas lain yang memandangnya.
      Syazlin masih meneruskan homework yang belum selesai. Dia tidak terlalu memberi perhatian dengan cerita yang disampaikan oleh temannya cuma  Fara sahaja yang begitu bersungguh mendengar sudah tidak mengendahkan kerjanya yang tergendala. “Hah.. pastu apa jadi? Kes apa diorang gaduh sampai nazak sangat tu? Takde ubat ke?” dengan satu nafas  Fara bertanya.
      ‘Sorang murai, sorang laser. Kalau dah jumpa tadah telinga jela bila dah buka mulut. Orang lain takkan ada can nak menyampuk punya. Takkan ingat dunia.’ ngomel Syazlin sendiri sambil menggeleng-geleng kepalanya.
      “Sabar la aku nak cakap ni. Kau ni pun. Aku usha punya usha, rupanya diorang gaduh sebab…” Fitri tidak segera menghabiskan ayatnya. Dia berhenti bercakap seperti ada sesuatu yang akan menggegarkan sekolahnya hari itu. “Hah.. sebab apa?? Cepatlah cakap. Kau ni tadi excited sangat nak story. Sekarang kau pulak yang bisu. Lebih baik tak payah story, it’s just wasting my time ok.” bebel  Fara. Geram dengan temannya itu. Syazlin juga mengangkat kepalanya menghadap Fitri yang seperti seorang pesalah yang sedang disoal siasat pihsk polis.
      “A’aa kau ni. Sebab apa diorang gaduh?” Syazlin mengulang soalan yang ditanya  Fara tadi sambil mengangkat sebelah keningnya tanda meminta jawapan bagi soalannya. “Err.. tapi Sya kau kena janji dulu takkan marah aku sebab apa yang aku nak bagitau kau ni bukan aku reka tapi apa yang aku dengar. Promise me, Sya? Please..” berkerut dahi Syazlin dan  Fara mendengar apa yang teman mereka kata. Serasa ada sesuatu di sebalik kata-kata Fitri namun Syazlin tidak dapat menafsir apa-apa. Otaknya buntu. Tapi dia hanya mengangguk sahaja. Entah mengapa hatinya berdebar-debar. Rasa ingin tahu begitu melonjak-lonjak kala itu.
      “Err..a..aku dengar Hezrey cakap kat Erina yang di..dia..dia..suka kat kau, Sya.” Bagai halilintar yang menampar cuping telinganya. Jantungnya seakan terhenti. Nyawanya bagai dicabut kala itu juga. “But.. but this is what I heard he said Sya.” Fitri cuba menenangkan Syazlin.  Fara juga terpempan mendengar apa yang baru disampaikan temannya tadi.
      Tiba-tiba Syazlin merasakan nafasnya tersekat. Hatinya membara, bengang dengan Hezrey. Bengang dengan sikapnya yang seolah-olah menjadikan dirinya punca dalam keretakan hubungannya dan Erina. Dadanya sudah turun naik menahan getaran perasaan yang sudah sedia terbakar seperti gunung berapi cuma menanti saat untuk memuntahkan semua lava-lavanya.
      Fara yang turut menyedari riak wajah temannya yang sudah berubah kelat itu cuba menenangkan Syazlin. ”Sya..Sya.. relaks ok. Bawa bersabar ok, be cool beb. Aku tahu perasaan kau sekarang tapi sabar, ok.” ujar  Fara. ‘Minah ni tak boleh biar camni je. Kalau meletup kan haru nanti.’ bisik hati kecil Fara. Syazlin cuba menarik nafas sedalam-dalamnya. Cuba menafikan apa yang baru sahaja didengarinya. ’Ya Allah, katakanlah semua ini hanyalah satu mimpi.’ bisik hatinya sendiri.
      Apa yang dia harapkan agar hal itu tidak akan sekali-kali tersebar. Kedengaran satu keluhan berat dari gadis itu. Seperti melepaskan satu beban yang amat berat sekali.
      “Err..Sya, kau marah kat aku ke? Sorry, ok. A..aku..aku…” hati Fitri tiba-tiba dipagut rasa bersalah yang amat. Kesal dengan apa yang berlaku terhadap teman baiknya itu. Dia turut rasa bersalah kerana telah membuat temannya sedih dan marah. Fitri sendiri tidak pasti apa yang sedang difikirkan temannya saat itu. Fitri menundukkan wajahnya. Tidak berani menatap raut wajah temannya itu. Sepi seakan tiada apa-apa perasaan.Kosong.
      ”No Fitri. It’s okay. Kau tak salah apa-apa pun. Apa yang kau bagitau tadi tu berdasarkan apa yang kau dengar. Aku pun tak nak salahkan siapa pun.” Syazlin tidak sampai hati membiarkan temannya berasa bersalah .’Ya.. Fitri is innocent. Yang bersalah dalam hal ni Raja Muhd Hezrey Raja Ezkandar.’ bisik hati kecil Syazlin.
      ”Hei.. apahal diam je ni. Aku tak marah la. Betul. Kan aku marah betul-betul kan. Kau nak camtu, hm?” gurau gadis itu seakan-akan mengugut temannya itu.
      “Haa.. kau jangan Sya. Ok..ok..ok.. aku senyum dah ni. Hii….” secepat kilat Fitri memotong kata-kata temannya. ’Tahu pun takut.’ geli hati Syazlin melihat gelagat temannya seorang itu. ”Eh.. sudah-sudah la tu. Gosip punya pasal kan tak siap pulak homework aku ni. Lepas tu mula la kena tadah telinga dengar Puan Noreen tembak senapang dia. Hee.. tak nak aku. Jangankan bernanah telinga aku ni, silap hari bulan boleh putus sekali tau. Kau takkan tak tahu sekali dia buka mulut macam petir. Perit telinga ni tau.” ngomel  Fara setelah agak lama membisu. Barangkali masih terkejut dengan cerita Fitri tadi. Berderai tawa Syazlin dan Fitri dibuatnya. Gamat seketika suasana antara mereka bertiga tanpa menghiraukan teman-teman sekelas yang lain yang sedari tadi memandang ke arah mereka.  bersambung... 

                                                                                                                                  sy@nn1107
        
                

3 comments:

aurora said...

sangat besh... teruskan kak syann! hidup indie-writer... sambung2...

oh, btw.. ni sha baharudin... ngee~

aurorapunyafairytales.blogspot.com

sue ker ati larh said...

weiii...ak nk gak jd watak dlm ctew mg...hahaha...buleh dop ehhh....

ganistiramisu said...

sha: tq adik...skrg bru bab 10 dik..tp klo sha ad idea nk bg sal novel akak ni ke apa blh je...
sue:insyaallah...hahahaha

Post a Comment


ShoutMix chat widget