Monday

BAB 2 Novel Kamus Asmara

Episod 5




SUASANA tenang dalam perpustakaan pada waktu rehat itu ditambah pula dengan kedinginan penghawa dingin sedikit pon tidak menganggu konsentrasi Syazlin yang sedang sibuk mentelaah pelajarannya sendirian tanpa dua teman baiknya, Fara dan juga Fitri. Entah mengapa perutnya tidak terasa begitu lapar hari itu. Sudah puas teman-temannya itu mengajaknya untuk makan bersama tetapi tetap ditolaknya dengan alasan ingin ke perpustakaan. Pelajar-pelajar di dalam perpustakaan kala itu juga tidak ramai, mungkin masing-masing sedang mengisi perut mereka. Hanya kelihatan beberapa orang sahaja yang berada di situ termasuk dirinya sendiri.
      Sebenarnya fikirannya masih lagi bercelaru tentang perkara yang baru didengarnya pagi tadi. Sedikit sebanyak hatinya menjadi sebal dengan keadaan itu. Sejak dia mengetahui tentang perkara yang diberitahu oleh Fitri pagi tadi moodnya untuk belajar hari itu seakan terbang membawa bersama kelukaan yang telah sekian lama bertapak utuh di hatinya yang mana sehingga kini masih belum terubat. Serta-merta kenangan lalu bertandang kembali di mindanya. Saat suka dia bersama lelaki itu hinggalah saat hari perpisahan antara dirinya dengan lelaki itu. Lelaki yang telah meminta perpisahan daripadanya tanpa dia tahu sebabnya sehingga ke hari ini, juga lelaki pertama yang telah mengajarnya apa itu erti rindu, sayang dan cinta. Ya, cinta pertama. Cinta pertama yang dahulunya pernah memberi kebahagiaan, tetapi kini cinta pertama itu jua yang menghadiahkan kelukaan di hati gadisnya.
      Kini genap 2 tahun sudah peristiwa bersejarah itu berlalu. Namun, hatinya masih belum bisa melupakan segala-galanya tentang kenangan itu dan lelaki itu. Dia lelah untuk menghadapinya sendiri. Kering sudah airmatanya menangisi nasib dirinya selama ini hingga akhirnya dia pasrah dengan ketentuan Ilahi. Dia masih ingat kata-kata yang pernah diucapkan oleh temannya Fara. Tidak semestinya sesuatu yang kita cintai akan kita miliki. Kadangkala kita harus melepaskan dan merelakan andai dia bukan ditakdirkan untuk menjadi milik kita melainkan memang sudah ditakdirkan suatu saat dia kembali kepada diri kita. Cuma waktu itu hanya hati kita yang tahu sama ada masih adakah sisa cinta di hati untuk dirinya yang pernah memberi kelukaan.
      Kata-kata keramat itu sering diingatinya saban hari tatkala bayangan lelaki itu dan kenangan yang pernah terukir antara mereka menjelma diingatan dan mimpinya bersama airmata. Saban hari dia sentiasa menangisi peristiwa itu. Sejak itu hanya itu yang mampu dilakukannya saat segalanya tentang mereka berputar di pita mindanya. Dirinya hanya berteman sepi dan rindu yang begitu menebal jiwa gadisnya. Tetapi, segalanya hanya disimpan kemas dalam hatinya tanpa ada yang tahu. Kadangkala dia masih mengharapkan lelaki itu akan kembali kepadanya seperti dahulu, tapi akhirnya dia sendiri yang hampa dan kecewa sendiri. Sejak itu, dirinya dan hidupnya hanya bertemankan bayang-bayang dan memori saat mereka bersama suatu waktu dahulu.
          
          Kringgg!!!!
      Syazlin tersentak dari lamunan panjangnya apabila loceng berbunyi menandakan waktu rehat sudah tamat. Dia kelihatannya mengeluh. Lantas dia menoleh ke arah pergelangan tangan kanannya melihat jam.
      ‘Dah pukul 11.05 pagi.’ Bisik hatinya. Dia mengeluh lagi lalu tangannya mengemas buku-buku yang bertaburan di atas mejanya dan mula bergerak untuk meninggalkan perpustakaan yang dirasakan semakin dingin itu kerana selepas ini adalah waktu subjek Prinsip Perakaunan.
      Perlahan-lahan dia menolak kerusinya ke belakang, tidak ingin menganggu pelajar-pelajar lain yang masih dengan hal masing-masing. Belum menunjukkan tanda-tanda ingin keluar dari perpustakaan itu. Malah, mereka sibuk dengan dunia masing-masing tanpa menghiraukan antara satu sama lain. Syazlin tersenyum sendiri sambil melangkah menuju ke pintu masuk perpustakaan tersebut.


DARI jauh Hezrey sudah lihat gadis itu mula melangkah ingin meninggalkan tempat itu kerana loceng habis rehat telahpun berbunyi tadi. Kelihatan begitu tenang sekali wajah gadis itu berserta langkah yang diatur sambil membawa buku-bukunya di tangan. Sedari tadi lagi dia mengekori gadis itu kerana dia sendiri sudah tidak mampu untuk menahan perasaannya terhadap gadis itu. Kali ini dia tidak mahu peluang yang ada di depannya hilang begitu sahaja. Dia harus berjumpa gadis itu dan mengatakan tentang perasaan yang sekian lama membuku di hati lelakinya selama ini.
      Dia juga sudah tidak mahu membohongi hatinya lagi. Ikutkan hatinya ingin saja dia pergi mendapatkan gadis itu dan memeluknya erat tanpa mahu melepaskannya pergi. Kini dia pasti dengan hatinya. Benar-benar pasti dengan perasaan yang kian berbunga untuk gadis itu, tiada lagi untuk Erina yang selama ini didampinginya. Malah, dia tidak pernah mempunyai perasaan sepertimana dia mempunyai perasaan terhadap gadis itu.
      Kelihatan gadis itu sudahpun keluar dari perpustakaan. Hezrey dengan pantas meletak kembali buku yang dipegangnya ke tempat asal lalu mengejar gadis itu. Harapannya hanya satu waktu itu. Dia sempat memberitahu perasaannya dan gadis itu tidak memberi jawapan yang mungkin akan mengecewakannya. tetapi, andai cintanya ditolak gadis itu dia akan melakukan apa saja demi mendapatkan cinta gadis yang kian mendapat tempat di hatinya dan akan dipastikan tiada siapa yang boleh memiliki gadis itu selain dirinya, Raja Muhd Hezrey Raja Ezkandar. Selama ini juga tiada seorang perempuan pun yang pernah menolak cintanya, maka kali ini juga dia yakin bahawa dia tidak akan ditolak. Dia mempercepat langkahnya mendekati gadis itu.
      “Sya.”
      Syazlin menghentikan langkahnya apabila terdengar namanya dipanggil oleh seseorang. Dia sendiri tidak pasti siapa lalu ditolehnya ke belakang untuk melihat siapa gerangan yang memanggilnya tadi. Hampir terkeluar anak matanya tatkala terpandangkan wajah di hadapnnya itu. Langsung tidak disangkanya sama sekali akan terserempak dengan lelaki itu. ‘Hezrey.’ Hatinya tiba-tiba menyebut nama itu. Lantas serta-merta juga dia kembali berpaling dan berniat ingin meneruskan langkah, namun langkahnya tersekat kerana belum sempat dia melangkah pergelangan tangannya disambar lelaki itu. Dia kaget dengan situasi itu lalu dia merentap kasar tangannya.
      Syazlin mengusap-usap pergelangan tangannya. Terasa sakit akibat pegangan Hezrey yang terlalu kuat tadi. ‘Gila ke apa mamat ni! Tarik-tarik orang macam guni beras. Apa dia ingat aku ni barang nak tarik-tarik? Dasar lelaki gila!’ ngomel Syazlin di dalam hati. Tiba-tiba dia baran dengan tindakan berani lelaki itu. Suasana antara mereka beku. Sebeku hati Syazlin waktu itu. Tiba-tiba sahaja dia jadi meluat melihat lelaki yang sedari tadi asyik merenungnya. ‘Apa kau ingat aku hadap sangat ke muka kau tu?! Sorry naik lori makan buah ceri.’ Syazlin terkedu sendiri apabila tersedar dirinya mengomel tentang lelaki itu tanpa sedar. Dia menekup mulutnya agar tidak terlihat oleh lelaki itu kerana dia hampir tergelak dengan kelakuannya sendiri. Dia cuba berlagak biasa seperti tiada apa-apa apabila lelaki itu kelihatan mengesyaki sesuatu.  bersambung... 
  
                                                                                                                                                sy@nn1107
     
           
        

2 comments:

sue ker ati larh said...

nme2 watak nie cm fimiliar jew...huhu

ganistiramisu said...

hihihihi....yeke??mungkin la kot..hahahaha

Post a Comment


ShoutMix chat widget