Saturday

BAB 1 Kamus Asmara by Syann Alyahya



Episod 3

Slot kedua ceramah pada hari itu segera diteruskan selepas berhenti selama 5 minit tadi. Tiba masa pengerusi majlis menjemput Encik Awang Kecik, penceramah yang akan menerangkan serba sedikit tentang pengajian di matrikulasi. Namun, masih lagi kedengaran suara-suara sumbang yang berborak sesama mereka.
      Gadis berkulit sawo matang dan berkaca mata itu melepaskan satu keluhan kecil sambil telinganya menangkap setiap patah butir bicara penceramah itu. Selang beberapa kerusi di deretannya kelihatan sekumpulan pelajar lelaki dari sekolah lain sedang asyik bergelak ketawa tanpa menghiraukan pelajar-pelajar lain yang mungkin turut terganggu. Namun, pandangan gadis itu singgah pada satu wajah di antara pelajar lelaki di situ. Sedetik..dua detik..pandangan mereka bertemu. Lantas dengan segera dia tersedar dan memusingkan kepalanya ke arah hadapan semula. Cuba untuk fokus pada perbicaraan penceramah itu.’ Boleh tahan’, desis hati kecilnya sambil menguntum senyum nipis.Suasana riuh rendah di dalam dewan UMT begitu membingitkan telinga. Gadis itu semakin kebosanan ditambah pula dengan suhu penghawa dingin yang sederhana cukup membuatkannya untuk terlena. Temannya, Fara Emylia bingkas dari kerusinya dan duduk kembali setelah mendapatkan buku notanya daripada Maizatul. Keadaan itu sedikit sebanyak memeningkan kepalanya.


       Selesai slot kedua, kesemua pelajar terus beransur keluar dari blik tadi. Gadis itu merupakan pelajar terakhir yang keluar kerana memberi laluan kepada pelajar-pelajar lain untuk keluar terlebih dahulu. “Hai..” gadis itu hampir menjerit akibat terlalu terkejut kerana tiba-tiba dia disapa oleh satu suara asing dari arah belakangnya.
      Lantas dia menoleh ke arah suara yang menyapanya tadi. Sekali lagi hatinya kaget melihat gerangan empunya suara itu. Dia dengan sedaya upaya cuba mengawal perasaannya yang masih terkejut. Terkejut saat terpandang wajah di depannya dan juga terkejut dengan kelakuan lelaki itu. Dilihatnya lelaki itu mengukir senyuman yang dirasakan ikhlas. Namun, gadis itu masih lagi kaku tidak berkutik di tempatnya berdiri.
       Dia tersedar apabila lelaki itu memetik-metikkan jarinya di depan muka gadis itu. “Hai..” ucapnya buat kali kedua. Lantas, gadis itu tergesa-gesa keluar dari bilik itu setelah menyedari hanya mereka berdua sahaja lagi yang tinggal. Tanpa sekilas pandangan dia meninggalkan lelaki itu sendirian yang ternyata tergamam dengan tindakannya yang keluar begitu sahaja tanpa mengucapkan apa-apa kepadanya. Dia keluar tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun dia bisa mendengar lelaki itu memanggilnya.




“KAU ke mana, Sya? Puas aku cari kau tau tak. Last-last kat sini jugak kau terpacak.” Marah Fara apabila menyedari temannya sudah di situ. Syazlin hanya tersenyum sumbing menutup rasa malu. Minah ni kalau dah buka mulut mintak ampun jela nak boleh berhenti. Malam nanti belum tentu berhenti tu. Tak percaya tunggu jela, getusnya dalam hati. Faham benar dengan sikap temannya itu.
      “Aa..aku pergi toilet jap tadi. Sorry la Cik Fara oii. Hii..” itu sahaja alasan yang terpacul dari mulutnya agar temannya tidak membebel lagi. “Kot iye pun nak pergi toilet at least cakap la dulu. Ini tidak, ikut suka hati dia je nak berjalan sorang-sorang. Buatnya tertinggal bas ke apa balik jalan kaki la kau nampak gayanya nanti tau.” bebel Fara. Syazlin hanya memekakkan telinga sahaja.
      Tatkala itu juga matanya terpandang susuk tubuh lelaki yang amat dikenalinya. Lelaki itu berdiri tidak jauh dari tempat dia dan Fara berdiri. Saat itu juga Syazlin menyedari lelaki itu turut merenung ke arahnya tanpa berkelip. Satu renungan yang Syazlin sendiri tidak mengerti maksudnya. Hampir 10 minit mereka berdua berkeadaan begitu tanpa menyedari ada mata yang melihat gelagat mereka berdua yang seakan-akan berada di dalam dunia fantasi ciptaan mereka sendiri tanpa bergerak walau seinci pun.
      Lantas Syazlin tersedar. Dia cuba berlagak biasa walhal hanya tuhan sahaja yang tahu gelodak hatinya kala itu. Saat itu juga dia dapat merasai peluh dingin mula memercik di mukanya dan merasakan wajahnya pucat lesi. Perasaannya bercampur baur. Debaran dihatinya semakin kencang dan pada bila-bila masa sahaja dia boleh tumbang di situ andai dia tidak dapat mengawal dirinya.
      Di kala itu Syazlin melihat rakan-rakannya datang menghampiri lelaki berkaca mata itu. Lelaki itu terus mengalihkan pandangannya ke arah mereka dan seketika itu juga dilihatnya mereka bergelak ketawa. Syazlin mendapati lelaki itu memiliki sepasang lesung pipit di kedua belah pipinya. ‘ So sweet’, desisnya dalam hati sambil tersenyum sendiri. Entah apa yang kelakar gadis itu sendiri tidak tahu.
      Syazlin hanya tersenyum melihat kerenah mereka dan terus berlalu ke ruang pameran pula. Fara pula sudah lesap entah ke mana. Dia terus berjalan menuju ke ruang legar pameran sambil matanya melilau-lilau mencari Fara dan sambil itu juga dia melihat-lihat apa yang dipamerkan di situ.


SUASANA riuh antara mereka berlima masih kedengaran. Adlan melilau-lilaukan matanya mencari gadis tadi. Tiada. Tadi dilihatnya gadis itu ada di booth UIA tetapi sudah tiada di sana. Perbualan rakan-rakannya sudah tidak menarik perhatiannya lagi. Fokusnya hanya satu, gadis itu. Gadis yang telah menarik perhatiannya sejak di dalam dewan ceramah tadi. Langkahnya mula diatur mencari gadis itu. Panggilan rakan-rakannya langsung tidak dihiraukan.
      Sudah puas cuba dicarinya gadis itu namun hampa. Jangankan diri gadis itu, bayangnya juga tidak kelihatan di mana-mana. Satu keluhan berat terlepas dari mulutnya. Hatinya sedikit kecewa. Kecewa kerana tidak dapat menemui gadis itu. Langkahnya mula diatur sekitar ruang pameran sambil kedua-dua belah tangannya diseluk ke dalam poket seluar sekolahnya.
      Sesekali dia membetulkan kedudukan cermin matanya yang jatuh sedikit ke pangkal hidung mancungnya. Apabila Adlan menghampiri booth UITM, secara automatik langkahnya terhenti. Matanya terus-terusan mengekori setiap gerak laku gadis yang berada tidak jauh di depannya tanpa bergerak walau seinci pun. Ingin sahaja dia pergi ke arah gadis itu dan menyapanya tetapi segera dimatikan niatnya. Dia tidak mahu tergesa-gesa.
      Dia cuma menunggu waktu yang sesuai untuk menegur gadis itu.‘I found you’, desis Adlan sambil bibirnya mengukir senyum. Saat itu hatinya terasa begitu  bahagia tanpa dia sedari. Dia menarik nafas panjang sebelum melepaskannya perlahan-lahan dan mula mengatur langkah menghampiri gadis itu. Kali ini Adlan nekad, gadis itu harus dikenalinya. Tatkala dia semakin menghampiri gadis itu, debaran hatinya semakin kencang dan mungkin mampu membuatkan dadanya pecah.
      Perasaannya bercampur baur antara malu dan bahagia. Namun, hatinya tiba-tiba dipagut rasa gelisah. Gelisah terhadap penerimaan gadis itu akan salam perkenalan yang dihulurkan serta reaksi gadis itu yang sememangnya akan terkejut denagn tindakannya. Tidak dapat Adlan bayangkan bagaimana situasi antara mereka nanti. Dia jadi resah sendiri.
             
                    
SYAZLIN berhenti di booth UPM. Dia mengambil keputusan untuk berehat sekejap di bangku yang memang sudah disediakan khas di situ. Dia terasa penat setelah agak lama mencari Fara tetapi masih tidak ditemui juga temannya itu. Dia dapat mendengar setiap butir bicara daripada penasihat yang memberi maklumat tentang pelbagai jurusan yang ditawarkan di UPM.
      Hatinya semakin tertarik untuk terus mengetahui tentang kursus tersebut. Namun, entah mengapa Syazlin merasakan bulu romanya meremang dan tangannya terasa sejuk dan dadanya berdebar-debar bagai menanti hari yang begitu bersejarah dalam hidupnya. Dia menarik nafas lalu menghembusnya perlahan-lahan agar dia merasa sedikit tenang. ‘Maybe aku je yang feeling lebih kot. Whatever la.’ bisik hati kecilnya. Dia menjungkitkan bahu lantas mencapai sekeping pamphlet.
      Dia membelek-belek pamphlet di tangan dan sekali-sekala matanya turut melilau, mana tahu ternampak Fara. Apabila didapati temannya itu masih tidak kelihatan, dia meneruskan pembacaannya. “Hai..” hampir terlepas pamphlet di tangannya akibat terkejut ditegur seseorang. Dalam hatinya dia menyumpah orang yang dirasakan tidak beradab itu. ‘Main sergah aje. Tak reti bagi salam ke apa. Mangkuk ayun betul.’ Ngomel hatinya.
      Syazlin terus memusingkan badannya untuk melihat siapa yang mengurnya tadi. Niat di hati ingin sahaja disemburnya orang itu tetapi tatkala terpandangkan wajah gerangan empunya suara itu, lidahnya kelu. Hatinya beku. Kosong. Tidak berkelip matanya memandang wajah di hadapannya itu. Mindanya juga tidak dapat menafsir apa-apa waktu itu, seakan-akan berlaku litar pintas terhadap wayar di dalam otaknya. Serentak itu juga pandangan mereka bertaut.
      Saat itu hanya hati mereka yang berbicara, malah langsung tidak dihiraukan mata-mata yang memandang ke arah mereka berdua. Lama mereka berkeadaan begitu. Mereka berdua bagaikan hanyut dalam dunia sendiri. Malah,pandangan mata insan di depannya itu sudah mampu membuatkan tubuh Syazlin bagai dipaku. Sungguh mengasyikkan dan bisa mencairkan hati mana-mana gadis yang memandang.
      Mereka tiba-tiba tersentak daripada lamunan apabila mendapati Fara berada di sisinya dan memetik-metikkan jari di depan mereka berdua. Lantas mereka tersedar. Kala itu Syazlin merasakan mukanya terasa panas membahang. Dia jadi malu sendiri. Ingin sahaja dia melarikan diri sejauh mungkin asalkan jauh daripada situasi yang cukup memalukan itu dan tidak berdepan dengan lelaki itu. Adlan juga ternyata terlopong apabila menyedari teman gadis itu menyentakkan lamunannya yang sudah jauh entah ke mana.
      Adlan cuba berlagak selamba agar getaran hatinya kala itu tidak dapat dibaca oleh mereka. Dilihatnya gadis itu juga seakan-akan cuba menutup debaran di hatinya. Wajahnya juga kelihatan sedikit pucat.  Fara geli hati melihat gelagat mereka berdua dan sedaya upaya menahan tawanya daripada meletus. ’Haa..tahu pun gugup.’ desis Fara dalam hati.
      Fara merapatkan bibirnya ke telinga Syazlin dan membisikkan sesuatu kepada Syazlin. “Who’s this guy, Sya? Good taste haa.. nice guy.” Fara tersenyum penuh makna sambil menyigung siku temannya sehingga Syazlin terpempan apabila mendengar apa yang baru sahaja dibisikkan oleh temannya tadi. Berdesing telinganya seperti dipanah kilat.
      “Emm..Sya tak nak kenalkan kat aku ke? Kau ni dalam diam sempat lagi cuci mata tau. Nakal betul.” bulat mata Syazlin merenung ke arah Fara yang hanya selamba menutur sebegitu di depan  lelaki itu.
      “Err..ehem..eh apa kau ni Fara. Ke situ pulak dia ni. Aku tak kenal la dia ni. Dia sesat tak jumpa pintu keluar, jadi dia tanya aku. Kebetulan aku ada kat sini, so he asked me the way out. Right..err…” tergagap-gagap Syazlin cuba menerangkan segalanya supaya temannya tidak berfikir sesuatu yang bukan-bukan pula. “Err..Adlan.” dengan pantas Adlan memberitahu namanya walaupun Syazlin tidak bertanya demikian.
      Namun, dia sedikit lega dan jauh di sudut hati dia begitu berterima kasih dengan lelaki itu kerana menyelamatkannya daripada situasi yang cukup merimaskan. Lelaki itu seperti dapat membaca apa yang sedang bermain dalam hatinya kala itu.
      “Ah..ye Adlan. Betulkan?” Syazlin mengulang kembali soalan yang terhenti tadi sambil merenung matanya. Renungan seperti meminta pertolongan agar Fara tidak mengesyaki sesuatu yang lebih jauh lagi.
      “Hm? Err..ya..ya..betul tu. Saya cuma nak tanya mana satu arah pintu keluar. Saya terlupa kat mana pintu saya masuk tadi. Tempat luas sangat.” ujarnya seolah-olah cuba menyelamatkan keadaan. ‘Fuh, selamat. Kalau tak haru woo!’ Syazlin tersenyum kelegaan tapi masih mengawal riak mukanya dan begitu juga dengan lelaki yang memperkenal dirinya Adlan yang ternyata masih terpinga-pinga. Syazlin sedaya upaya menahan diri daripada tertawa. Geli hati melihat telatah lelaki di depannya waktu itu.
      “Hai, saya Fara Emylia. Panggil Fara aje. Ini kawan baik saya, Syazlin Batrisya. Awak boleh panggil dia Sya.” tanpa rasa malu  Fara memulakan salam perkenalan sambil menghulurkan tangan untuk bersalam sambil tersenyum meleret-leret. Syazlin terasa seperti darah menyimbah ke muka waktu itu.
      ’Kalau tak malukan aku satu hari tak sah minah murai sorang ni. Ikutkan hati aku ni buatnya aku cekik-cekik minah ni biar hilang gatal dia tu. Sah tebal 40 inci muka aku. Periuk belanga punya kawan.’ ngomelnya dalam hati. “Adlan dari sekolah mana erk? Sorang aje ke? Kawan-kawan lain ke mana?” seperti bertih jagung soalan yang terpacul dari bibir mungil Fara. “Panggil Lan je. Lan dari SESMA. Err.. taklah, tadi Lan dengan kawan-kawan tapi tak tahu la diorang pergi mana pulak. Jenuh cari dari tadi. Kamu berdua  dari sekolah mana pulak?” Adlan sudah mulai mesra, tapi hanya dengan  Fara.
     “Kitorang dari SMK Tun Lela Senggara.” jawab Fara. Mereka mula berbual-bual dan kelihatan mesra sekali. Sesekali tawa mereka kedengaran dan tidak dihiraukan mata-mata yang memandang ke arah mereka berdua. Fara dan Adlan mengambil tempat duduk yang berhampiran dan Syazlin hanya mengikut sahaja. Mereka bagai hanyut dalam dunia sendiri dan Syazlin merasakan dia seperti batang kayu di situ.
      Sedikit pun tidak dihiraukan. Sesekali dia mengeluh kebosanan. Nun jauh di lubuk hati dia berdoa supaya ada seorang pelajar sekolah mereka datang ke situ dan memanggil mereka untuk pulang. “Laa..kat sini korang rupanya. Merata aku cari tau tak. Bas dah sampai tu. Cepatlah! Korang tak nak balik ke?” Hakimi datang menghampiri mereka bertiga. Syazlin tersenyum kelegaan. ’Finally..” sorak Syazlin dalam hati penuh riang.
       “Cepat la cik kak-cik kak sekalian oii, bas nak bertolak dah tu!” sambil bercekak pinggang dia mengarah Syazlin dan Fara supaya bergegas keluar. Syazlin tertawa kecil melihat gelagat Hakimi itu. “Dia start dah. Jom la  Fara. Kan tertinggal bas pulak nanti.” Syazlin lantas menarik tangan temannya untuk beredar segera. Bukan saja bimbang ditinggal bas tapi dia sudah tidak sanggup berlama-lama di situ.
      “Oklah Lan. Kitorang balik dulu eh. Semoga berjumpa lagi.” terasa kembang hatinya tatkala mendengar ayat yang keluar dari mulut temannya itu. “Hm.. okla kalau camtu.  Take care, bye.” Syazlin dan Fara terus keluar dari dewan pameran itu. Sesaat itu juga Syazlin menoleh ke belakang untuk melihat sama ada lelaki itu masih di situ atau tidak. Ternyata masih ada, merenung ke arahnya. Seperti mengharapkan sesuatu daripadanya.
      Dia kembali meneruskan langkah tanpa menoleh lagi. ‘Semoga kita bertemu lagi gadisku, Syazlin Batrisya’. Pinta hati Adlan penuh mengharap sambil merenung ke arah gadis yang semakin menghilang di sebalik pintu masuk dewan pameran itu.   bersambung...

                                                                                                                                                sy@nn1107


2 comments:

Anonymous said...

gler argh saem ak...hebat mg wat cter nie.. gud luck!! mattim

Ganis Tiramisu said...

huhuhu...laaa mu ke tim???aku ingtkn spe la...tme ksh... ^^

Post a Comment


ShoutMix chat widget