Sunday

berlirik la pulak!!! opss..boley keeee Ganis???



CINTA TAK TERLUAH


kala malam aku sendiri lagi,
ditemani kesepian,
kala rindu padamu bertandang,
aku bertemankan memori semalam,
mengapa dirimu jua,
yang masih aku rindukan,
yang masih aku mimpikan,
tahukah dikau jiwaku tersiksa,
kala hati ini begitu mendambakan kehadiranmu,
kusangkakan akan bertemumu,
namun akhirnya aku kecewa sendiri,
hari-hariku bertemankan kekecewaan,
menantikan kehadiranmu kasih,
andainya aku masih diberi kesempatan,
akanku nantikan dirimu,
akanku lafazkan kata keramat ini,
yang sekian lama kupendam sendiri,
walau ku tahu dirimu takkan kumiliki,
akan adakah hari bahagia untukku,
akankah aku temui pengganti dirimu,
aku masih mencari pemilik sejati hati ini,
andainya kau tahu,
betapa rindunya aku padamu,
hanya Tuhan yang tahu,
mampukah hati ini melaluinya,
semakin jauh ku melangkah,
semakin banyak duri yang menjengah di hadapan,
maafkan aku kerana terlalu mencintaimu,
maafkan aku kerana menantimu,
maafkan aku masih mencintaimu hingga kini,
aku tak pasti sampai kapan aku harus menantimu,
bilakah akhirnya penantian ini Tuhan,
tiadakah sekelumit ruang untukku mengecap bahagia,
hanya Engkau yang tahu,
segala yang terjadi,
kuserahkan padaMu,
izinkan aku untuk mengenangnya,
andai dia tak diciptakanMu untukku,
terima kasih Tuhan,
untuk rindu,sayang dan cinta,
yang Kau titipkan dalam hati ini untuknya...


                                                                                                                      sy@nn1107



2 comments:

Anonymous said...

lirik sepatutnya simple2 je.
tak payah pnjang2, hanya perlu diulang2
:)

ganistiramisu said...

hahaha...xpernah bt lirik masalahnye ni... 1st time ni.. btw thnx ya..

Post a Comment


ShoutMix chat widget