Wednesday

CERPEN : KU SERU KASIH by Syann Alyahya

                                                                 
 
Biarkan aku sendiri
ikuti nasib diri ini....


 
JARUM jam dinding pejabat menandakan pukul 1 tengah hari. Kelihatan semua kakitangan sudah meninggalkan kerja masing-masing untuk mengisi perut serta bersolat Zuhur. Namun, kelihatan seorang gadis masih asyik dengan kerjanya tanpa menghiraukan apa-apa. Syuhada yang baru sahaja ingin melangkah dari ruangan tempatnya menoleh ke arah gadis yang manis berbaju kurung putih berbunga kecil berwarna coklat dan bertudung coklat yang berada tidak jauh dari tempatnya.
      “Minah sorang ni kan kalau dah kerja tak ingat dunia langsung. Hmmm...” ngomel Syuhada sendirian sambil melangkah ke arah gadis itu. Tengok tu, aku yang terpacak depan dia ni pun boleh dia tak sedar. Bertuah punya kawan. Bebel hati kecil Syuhada sambil menggelengkan kepalanya.
       “Oitt, Cik NurNadiah tak nak keluar lunch ke? Dah pukul berapa ni. Kau ni kan kalau dah menghadap kerja tu langsung tak ingat makan. Tinggal-tinggallah dulu kerja tu. Takkan lari ke mananya kerja kau tu. Jomlah, Nadiah aku lapar dah ni. Ni haa.. perut ni dah bunyi opera cina tau.” Ngomel Syuhada, teman Nadiah sejak di universiti lagi. Satu-satunya sahabat karibnya ketika belajar dahulu sehinggalah sekarang mereka masih ditakdirkan bekerja di tempat yang sama.
       “Eh, Sue. Bila masa kau ada kat sini? Tak perasan pulak aku. Ni bawak handbag bagai ni kau nak ke mana?” soal gadis itu sambil matanya masih tertumpu ke skrin laptopnya. Seketika dia menoleh ke arah temannya menantikan jawapannya kemudian meneruskan kerjanya semula. Syuhada yang mendengar pertanyaan gadis itu menjegilkan matanya sambil bercekak pinggang. ‘Memang dah sah kawan aku sorang ni. Tak boleh jadi ni.’ Ngomel Syuhada dalam hati sambil menepuk dahinya melihatkan gelagat temannya yang satu itu. “Apa pulak kau merepek ni Nadiah oii. Kau tu kan, ish tak tahulah aku nak cakap. Malaslah cakap banyak. Dah jom pergi lunch. Takde maknanya kerja kalau perut tu kosong, Zuhur pun dah nak masuk ni. Karang tak sempat mulalah membebel cakap aku tak ingatkan kau pulak. Dah-dahlah ya Cik Nadiah sayang, jom.” Ujar temannya itu sambil Nadiah tersengih apabila mendengar jawapan yang terbit dari mulut temannya. “Okaylah Cik Syuhada sayang. Kau pun sudah-sudahlah membebelnya. Naik berdesing telinga aku ni tau!” balas gadis itu seraya mengemas meja kerjanya dan mencapai handbagnya lantas berlalu meninggalkan pejabat sambil bergelak ketawa bersama Syuhada.


 
SUASANA di dalam restoran itu agak sesak dengan pelbagai jenis ragam manusia memandangkan waktu itu adalah waktu rehat. Syuhada memanjangkan lehernya untuk memastikan masih adakah tempat meja kosong sebelum dia menarik tangan Nadiah menuju ke satu sudut meja yang agak hujung. Nasib mereka baik hari itu tidak perlu menunggu lama untuk menunggu tempat duduk. Tidak lama kemudian datang seorang pelayan muda mengambil pesanan mereka berdua dan berlalu setelah mereka berdua membuat pesanan.
      “Ramai pulak pelanggan harini kat restoran ni. Mujur ada tempat lagi. Kalau tak mahunya kita kena tunggu. Tak kuasa aku tau!” ngomel Syuhada sambil matanya melilau-lilau sekitar restoran tersebut. Nadiah dilihatnya hanya tersenyum mendengar omelannya tadi. Namun, dia turut mengiyakan kata-kata temannya itu. Memang benar hari itu pelanggan lebih ramai daripada kebiasaannya.
      Tidak lama kemudian pelayan tadi tiba bersama-sama pesanan kedua-dua gadis itu. Kemudian dia berlalu kembali setelah kedua gadis itu mengucapkan terima kasih. Makanan yang terhidang di hadapan mereka segera membuka selera apabila terlihat asap daripada makanan itu. Mereka berdua menjamu selera sambil berbual-bual tanpa menghiraukan ada mata yang memandang tidak jauh dari tempat mereka. Sepasang anak mata itu kelihatan begitu asyik memandang gadis itu. Lama dia merenung tanpa menghiraukan dirinya turut diperhatikan teman-temannya.
      “Oii, Zuan. Kau pandang apa tu sampai kitorang panggil pun tak dengar?” tegur Syahrin, salah seorang temannya yang menyedari gelagatnya sedari tadi. Namun, dia masih kelihatan tidak berkutik. Teman-temannya yang lain sudah mengekek mentertawakannya. Lelaki itu menjadi geram apabila pertanyaannya tidak bersahut. Syahrin turut menoleh ke arah pandangan Redzuan itu. Ingin melihat apa yang sedang ditenung temannya yang satu itu sehinggakan dia panggil pun tidak diendahkannya langsung. ‘Patutlah aku panggil pun boleh buat tak sedar mamat ni. Tenung awek rupanya. Hai, apalah nasib aku dapat kawan macam ni. Pantang jumpa perempuan, tenung macam nak tersembul biji mata. Tak boleh jadi ni.’ Getus Syahrin sendiri sambil menggelengkan kepala melihat gelagat temannya itu. “Kalau iya pun nampak perempuan janganlah tunjuk sangat muka terpegun kau tu Ahmad Redzuan Ismail oii! Silap haribulan boleh tembus muka perempuan tu tau,” bisik Syahrin di telinga Redzuan. Redzuan yang terkejut terpinga-pinga apabila tersedar dirinya diperhatikan dari tadi. Dia jadi malu sendiri dengan kelakuannya sebentar tadi sambil tersengih seperti kerang busuk. Dia cuba berlagak seperti biasa sedangkan di dalam hatinya malu bukan kepalang di depan teman-temannya. Kala itu kedengaran teman-temannya sudah ketawa terbahak-bahak mentertawakannya. ‘Padan muka kau Redzuan. Tulah asyik sangat tenung perempuan. Bodoh!!’ dia memarahi dirinya sendiri atas kelakuannya tadi.
      Namun, apabila dia menoleh semula ke arah gadis itu dilihatnya gadis itu telah tiada di tempatnya tadi. Kini hanya diisi oleh pasangan lelaki dan wanita lewat 40-an. Dia mengeluh berat. “Hah.. tengok tu tak puas-puas lagi! Tak payahlah Zuan, perempuan tu dah blah dah. Dah jom. Buatnya terbabas pulak nak solat nanti.” Syahrin masih ingin mengusik Redzuan yang sudah tersipu-sipu. Lantas mereka semua berlalu pergi meninggalkan restoran itu setelah membayar makanan masing-masing. Tetapi, lelaki itu menoleh kembali ke arah meja makan yang diduduki oleh gadis itu tadi sambil tersenyum kelat. “Dah-dahlah Zuan oii. Takkan akak yang dah bersuami tu pun kau nak tenung jugak! Silap-silap kau makan penumbuk husband dia tu baru kau tahu.” Teman-temannya yang lain sudah terkekek-kekek gelakkan dia seorang. Hai.. terkena aku harini. Nasib kaulah Zuan. Desisnya sendiri sambil meneruskan langkahnya.

           **************************************************************

NADIAH melilau-lilau sendirian di dalam gedung membeli-belah itu tanpa teman baiknya, Syuhada. Temannya ada temujanji bersama teman lelakinya, Nazri. Terpaksalah dia berseorangan keluar pada hujung minggu itu. Dia berkira-kira ingin menenangkan fikirannya setelah penat dengan kerja-kerjanya di pejabat. Hari minggu seperti itu sahajalah yang dia ada untuk bersantai-santai dan keluar. Itupun setelah puas dipaksa oleh temannya yang satu itu. Dia tersenyum sendiri apabila mengingatkan temannya yang begitu beria-ia memaksanya untuk keluar merehatkan diri dan mindanya
      Seraya dia terpandangkan kedai buku tidak jauh dari tempat dia berdiri. Lantas dia menghayunkan langkah memasuki kedai buku tersebut. ‘Tak sia-sia Sue suruh aku keluar harini. Dah alang-alang bolehlah borong novel.’ Desis hati kecilnya sendiri sambil tersenyum.  Matanya melihat satu-persatu novel yang terdapat di situ. Lepas diambil lalu dibacanya sinopsis novel tersebut lalu diletaknya kembali. Begitulah seterusnya yang dilakukannya hinggalah matanya terpandangkan novel yang sekian lama dicarinya selama ini. Lantas dia mencapai novel Soalnya Hati karya Nurul Syahida dan beberapa buah novel lain turut dibelinya. Dia tersenyum gembira setelah menjumpai apa yang dicarinya. Dia terus menuju ke kaunter untuk membayar harga novel tersebut.
      Ketika gadis itu sedang berkira-kira untuk ke kaunter tiba-tiba dia terlanggar seseorang dari arah bertentangannya. Habis bertaburan ke lantai semua novel-novel dari tangannya. Lantas dengan segera dia mengutip novel-novel tersebut sambil dibantu lelaki itu tanpa menoleh ke arah lelaki tersebut.
      “Opss.. sorry. Maafkan saya. Cik tak apa-apakah? I’m so sorry,” ucap lelaki itu separa berbisik sambil kepalanya masih membantu mengutip novel-novel yang bertaburan itu.
      “No, it’s okay.” Pendek sahaja yang gadis itu jawab sambil berkira-kira mahu berdiri semula.
      Redzuan yang turut berdiri menghadap gadis itu terpana tatkala terpandangkan gadis itu. Raut  itu. “ Terima kasih.” Ujar gadis itu seraya melemparkan satu senyuman ke arahnya terus berlalu pergi meninggalkannya sendirian yang masih kelihatan terkejut dan blur di situ. Dia seakan pernah bertemu dengan gadis itu tapi dia lupa di mana. Dia cuba ingat tapi gagal sehinggalah dia teringat peristiwa di sebuah restoran dua minggu lepas. Peristiwa di mana dia dimalukan oleh teman-temannya kerana terlalu asyik merenung gadis itu. Ya. Dia yakin telahannya benar. Ditolehnya ke arah gadis itu yang baru melangkah keluar dari kedai itu. Dia mengekori gadis itu. Sepantas mungkin dia mengekorinya. Tetapi, apabila dia sudah benar-benar hampir dengan gadis itu entah kenapa jantung berdegup kencang seperti mahu keluar. Redzuan cuba untuk menenangkan dirinya dengan situasi itu. Dia menarik nafas sedalamnya sebelum berniat mahu menegur gadis di hadapannya.
      “Assalamualaikum,” dengan begitu sukar sekali lelaki itu menuturkannya, namun dia masih lagi mengawal dirinya kerana tidak mahu kelihatan gugup di mata gadis itu. Nadiah yang terkejut dengan teguran itu segera menghentikan langkahnya lalu menoleh ke belakang ingin melihat siapakah gerangan yang memberi salam itu. Dahinya berkerut tatkala memandang wajah di depannya itu. ‘Apasal pulak mamat ni ikut aku ni! Dah tu pulak tenung aku macam nak telan aku je. Ish, ke dia silap orang kot! Takpelah tanya aje la dulu.’ Ngomel hati gadis itu sendiri sambil matanya turut merenung lelaki itu sambil tangannya menggawang-gawang kerana dilihatnya lelaki itu sudah mengelamun begitu jauh.
      Redzuan segera tersedar dari lamunan angannya. Dia jadi malu sendiri apabila gadis itu merenungnya. Jantungnya masih berdegup hebat apabila membalas pandangan anak mata coklat gelap milik gadis itu. Sekali lagi dia hanyut dalam renungan itu. ‘Ah.. sudah main berlaga mata pulak dah mamat ni!’ ngomel Nadiah. Dia sudah bosan dengan gelagat lelaki itu. Lantas dia berpaling semula dan meneruskan langkahnya yang terhenti tadi gara-gara ditegur oleh lelaki itu. Redzuan yang mula menyedarinya sekali lagi mengejar gadis itu. ‘Bodoh! Dah ada depan mata tadi senyap pulak. Bodohlah kau ni Zuan! Menyusahkan diri sendiri. Kau ni memang buat malu kaum lelaki je!’ Dia memaki hamun dirinya sendiri atas kelalaiannya sebentar tadi. “Hai,” sekali lagi dia cuba menegur gadis itu. Nadiah yang baru hendak melangkah masuk ke sebuah kedai pakaian terkejut lagi dengan sapaan itu. Dia menoleh ke belakangnya dan terpana dengan kemunculan lelaki itu. ‘Apalagi la mamat ni nak! Gila ke apa.’ Bebelnya. Namun, dia cuba untuk senyum di hadapan lelaki yang sedikit sebanyak telah merosakkan moodnya hari itu. “Ya. Err.. ada apa-apa saya boleh tolong awak?” Nadiah memulakan bicara apabila dia lihat lelaki itu seperti tidak akan memulakannya. Senyuman di bibirnya masih tidak lekang. Sudah kebiasaannya untuk sentiasa tersenyum agar tidak terlalu cepat melatah terutama dalam situasi sekarang ini.
      “Err.. tak. Takde apa-apa. Saya just macam pernah nampak awak baru-baru ni. Tapi saya terlupa pulak. By the way, saya Redzuan. Just call me Zuan. Kalau awak tak kisah boleh saya tahu nama awak?”akhirnya terluah juga apa yang sekian lama bersarang dalam hatinya sejak tadi. Serta-merta Redzuan terasa lega dan lapang seperti telah terlepas daripada kurungan yang amat menyeksakan jiwanya. Namun, dia masih tertunggu-tunggu gadis itu menyahut persoalannya tadi. Nadiah yang mendengarnya agak kaget. Bila masa pulak dia pernah nampak aku ni? Entah betul entahkan tidak mamat ni. Entah-entah saja kot nak buat modal. Ngomel gadis itu sendiri sambil mindanya terfikir-fikir sama ada dia pernah lihat lelaki itu sebelum ini atau tidak. Tetapi, dia gagal. Tiba-tiba dia terasa tidak sedap hati terhadap lelaki tersebut. Lantas dia berpaling lagi dan meninggalkan lelaki itu keseorangan dalam kebingungan. Dia sempat menoleh ke arah lelaki itu dan ternyata dia masih terpacak di tempatnya berdiri tadi sambil memandangnya dengan pandangan yang dia sendiri tidak mengerti maksudnya. Redzuan hanya mampu memandang sahaja waktu itu tatkala melihat gadis itu berlalu pergi tanpa memberitahu namanya. Hatinya begitu hampa sekali. Dia pulang bersama-sama hati dan jiwa yang teramat kecewa. Hilang sudah moodnya yang pada mulanya ingin mencari beberapa buah bahan bacaan terbaru pada hari itu.
      Nadiah yang baru sahaja memboloskan diri ke dalam kereta Satria Neo putih metalik miliknya cuba untuk mententeramkan dirinya semula. Dia masih tercari-cari bayangan lelaki tadi sama ada benar mereka pernah bertemu sebelum ini. Tetapi masih juga gagal. “Ah, gasaklah!” terus sahaja dia menghidupkan kereta dan meluncur keluar dari tempat letak kereta pusat membeli-belah tersebut pulang ke rumah. Sepanjang perjalanan itu, dia terfikir-fikir sama ada mahu menceritakan hal tersebut pada Syuhada atau tidak. Kalau aku bagitahu nanti buatnya minah tu gelakkan aku pulak. Ish, tak payahlah. Bukan penting sangat pun. Getus hati kecil gadis itu entah untuk kali ke berapa. Dia mengeluh kecil sambil menggeleng-gelengkan kepalanya mengenangkan lelaki tadi. Renungan mata hitam lelaki bernama Redzuan itu seperti terkandung sesuatu yang dia sendiri tidak mengerti apa maknanya. Tidak semena-mena bibirnya tersenyum geli hati apabila teringat kembali gelagat dan kelakuan lelaki tadi.
      Kini, dia sudah sampai ke kawasan perumahan rumahnya yang didiami bersama sahabat karibnya Syuhada. Kelihatan rumahnya sepi sekali. Dia menoleh pada jam di pergelangan tangan kanannya. ‘Hmm..awal lagi. Patutlah senyap je rumah ni. Tak balik lagi rupanya kawan aku sorang tu.’ Desisnya dalam hati seraya membuka pintu utama dan melangkah masuk. Diselaknya langsir dan membuka jendela supaya udara dapat memasuki ruangan rumahnya. Terasa nyaman angin lembut menyapa pipinya. Dia melangkah menuju ke sofa dan melabuhkan punggungnya di situ. Melepaskan keletihan dan kepanasan yang menyengat sebahagian kulitnya. Dia berkira-kira mahu berehat seketika sementara menunggu masuknya waktu Zuhur kemudian dia ingin memasak pada hari itu. Suasana begitu hening sekali. Sepi. ‘Sepi itu indah.’ Getus hati kecilnya sambil dia mengukir senyuman tawar. Mindanya mula mengelamun  terkenangkan sesuatu. Peristiwa 4 tahun lalu yang masih menjadi igauannya. Kedengaran gadis itu mengeluh berat tatkala teringatkan kenangan itu. Penantiannya selama ini hanya memberi sejuta kelukaan dan hingga kini masih terasa. Penantiannya juga telah berakhir. Tapi adakah perasaan halus itu masih tersisa untuk lelaki itu? Dia tercari-cari jawapan itu saban hari. Akhirnya persoalan itu berlalu dibawa angin lalu. Dia terpandangkan plastik di atas meja kecil di hadapannya. Segera dia teringatkan novel-novel yang baru dibelinya tadi lalu tangannya mencapai salah satu daripada novel-novel tersebut. Dia mencapai novel berjudul Cinta Ini Milik Kita karya Maisara Sofea. Dibelek ke bahagian belakang novel yang mengandungi sinopsisnya. Dia membacanya sekilas lalu dan meletakkannya kembali apabila telinganya terdengar bunyi azan berkumandang dari masjid yang berada tidak jauh dari rumahnya. Dia bingkas menuju ke biliknya di tingkat atas untuk membersihkan diri dan solat. Usai solatnya dia menapak turun semula ke tingkat bawah untuk memasak. Sesekali dia melirik ke arah jam dinding yang tergantung di satu sudut di ruang tamu rumah teres dua tingkat miliknya. Susunan di ruang tamu rumahnya adalah hasil susunannya sendiri sesuai dengan jiwanya yang gemarkan kesederhanaan dalam segala perkara. Kelihatan juga tidak banyak perabot yang ada, hanya yang penting sahaja yang gadis itu titikberatkan.
      Syuhada yang baru sahaja pulang dari temujanjinya dengan teman lelakinya segera menapak menuju ke dapur apabila hidungnya terbau masak lemak cili api dan kangkung goreng belacan. “Emmm.. sedapnya bau. Dari luar lagi aku dah terbau tau. Pandai kau masak. Ni yang buat aku makin sayang kat kau ni tau.” Ujar Syuhada sambil tangannya mencuri sedikit kangkung goreng belacan yang telah siap dimasak. Segera Nadiah menampar tangannya. “Ish kau ni Sue. Suka hati engkau aje nak curi kan! Tangan tu entah bersih entahkan tidak tu. Dah, pergi naik mandi lepas tu solat sebelum terlewat. Then, kita makan sama-sama. Dah pukul berapa ni baru balik.” Bebel gadis itu lagi sambil mengacau gulai masak lemak cili apinya. Syuhada di sebelah hanya tersengih sumbing mendengar temannya membebel sambil mula melangkah mahu ke biliknya. Nadiah yang melihat gelagat temannya itu hanya mampu menggeleng.

                                     *************************************
“Oit, Nadiah! Erm.. malam ni kau free x?” Syuhada dengan tiba-tiba menyergah temannya yang sedang sibuk menyiapkan laporan itu membuatkan gadis itu tersentak sedikit. “Ish, kau ni kan Sue. Kalau tak sergah macam tu tak boleh ke? Tak nampak aku tengah buat kerja ni? Lain kali bagi salam dulu la,” bebel Nadiah dengan dahiyang sedikit berkerut. Memang dia cukup tidak gemar diganggu apalagi disergah semasa dia bekerja. Syuhada kala itu dilihatnya hanya tersengih apabila dimarahi. “Alaa.. sorrylah Nadiah. Aku takde niat langsung nak ganggu kau ke apa. Tapi, betul ni. Kau free tak malam ni?” Syuhada mengulangi semula soalannya tadi. “Kenapa pulak kau tanya? Kalau aku free kenapa?” gadis itu menjawab semula dengan persoalan sambil matanya tidak lepas dari skrin laptop di hadapannya. Jari-jemari halusnya pula ligat menekan keyboard laptopnya. Begitu serius sekali mukanya setiap kali sedang bekerja. “Takdelah. Aku ingat nak ajak kau keluar malam ni. Temankan aku jumpa Nazri. Bolehlah ya. Please...” Nadiah yang tadinya khusyuk menaip terhenti serta-merta apabila mendengar jawapan temannya itu. Berkerut dahinya. Dirasakannya pelik dengan ajakan tersebut. “Kau ni apasal tiba-tiba ajak aku temankan kau date. Buang tebiat ke apa kau ni! Selama ni takde pulak kau nak ajak aku. Malam ni pelik pulak kau ni. Angin takde ribut pun takde. Hish.. tak naklah aku. Kau pergi ajelah. Aku ni bukan apa, tak nak kacau daun pulak korang nak dating.” Ujar gadis berbaju kurung hitam kosong berkain corak batik kelabu dan kepalanya disertakan dengan tudung berwarna kelabu. Dia kembali fokus kepada kerjanya.
      “Alaa.. jomlah. Nazri jugak yang suruh aku ajak kau. Aku pun tak tahu kenapa dia beria-ia sangat suruh aku ajak kau sekali malam ni. Boleh ya. Please.” Syuhada masih belum mahu berputus asa memujuk temannya itu supaya bersetuju dengan pelawaannya. “Hmm.. kau ni kan pandai je kan buat muka kesian macam tu dengan aku. Yalah! Yalah! Aku pergi. Dah-dah pergi sana buat kerja kau tu. Jangan nak menyemak kat sini. Aku sibuk ni!” akhirnya nadiah terpaksa bersetuju juga. Tidak sampai hati pula mahu menolak, takut temannya itu terasa hati pula. Syuhada dilihatnya sudah tersenyum lebar dengan jawapannya. Terus sahaja dia kembali ke meja kerjanya dengan hati yang begitu riang. Syuhada tiba-tiba teringat semula perbualannya dengan teman lelakinya sebentar tadi semasa lelaki itu menelefonnya. Menurutnya, Nazri mahu memperkenalkan Nadiah dengan seseorang yang juga teman baiknya. Syuhada pada mulanya tidak yakin dengan rancangan Nazri akhirnya bersetuju juga apabila mengenangkan satu-satunya temannya yang ternyata masih belum lupakan kisah silamnya. Mungkin dengan rancangan ini hati temannya itu akan mula melupakan lelaki yang pernah bertakhta di hati temannya itu. Dia juga tidak sanggup mahu melihat temannya terus-terusan berpura-pura gembira seperti tidak ada apa-apa yang pernah terjadi 4 tahun lalu. Doanya semoga segalanya berjalan lancar malam ini. Sejenak dia membuang pandang ke arah temannya yang begitu tekun dengan kerjanya. Syuhada tahu temannya sengaja mahu menyibukkan diri untuk mengelak dari mengingati peristiwa itu. ‘Semoga bahagia menjadi milikmu suatu hari nanti sahabatku.’ Doanya dalam hati.

                   *************************************************

Syuhada membelokkan kereta Suzuki Swift merah hatinya ke kawasan letak kereta restoran mewah di tengah kota raya itu. Nadiah di sebelahnya mengerutkan dahinya sambil memandang ke arah temannya. Baru sahaja dia ingin membuka mulut bertanya Syuhada telah membuka mulut terlebih dahulu, “Dah. Tak payah nak banyak soal kenapa kat sini. Aku tahu kau nak tanya benda tu kan? Dah ikut aje okay. Nazri mesej aku, dia cakap dah sampai. Jom!” seraya Syuhada keluar daripada keretanya dan mula berjalan ingin menuju ke pintu masuk utama restoran itu. Tetapi, secara tiba-tiba langkahnya terhenti. Lantas dia menoleh ke belakang dan dilihatnya temannya masih kaku berdiri di sisi keretanya sambil memandang ke arahnya. Syuhada melangkah ke arah gadis itu sambil tersenyum. “Kau kenapa, Nadiah? Jom, Nazri dah tunggu tu. Nanti kesian pulak dia tunggu lama-lama.” Begitu lembut ucapan itu menampar cuping telinga gadis itu. Kedengaran Nadiah mengeluh berat sambil mengangguk. Dia turut membalas senyuman temannya. Cuba mengawal dirinya juga. Entah kenapa jantungnya berdegup kencang sekali sehingga menyukarkan dia untuk bernafas dengan normal. Dia melangkah jua mengikut Syuhada dari belakang.
      Syuhada melilaukan matanya mencari-cari teman lelakinya. Namun, tidak lama dia menemuinya kebetulan lelaki itu juga turut mencarinya. Dia melambai ke arah lelaki itu lantas menghayunkan langkah menuju ke arah lelaki itu. Bibirnya turut tersenyum penuh makna tatkala terpandangkan seorang jejaka yang duduk di sebelah  teman lelakinya. Syuhada menoleh sejenak ke belakang dan dilihatnya temannya itu hanya menurut sahaja. Terdetik rasa kasihan di hatinya terhadap temannya yang satu itu. Tapi, apakan dayanya. Dia juga tidak mahu gadis itu terusan mengenang peristiwa itu lagi. Gadis itu berhak untuk dicintai dan mendapat kebahagiaannya sendiri. Dia mengeluh sendiri melihat nasib teman kesayangannya itu.
      “Hai.. dah lama ke you sampai? Sorrylah jalan sesak tadi. Biasalah time orang balik kerja.” Tegur Syuhada lalu mengambil tempat bertentangan dengan Nazri sambil tersenyum penuh makna kepada lelaki kesayangannya itu. Sementara Nadiah mengambil tempat bertentangan dengan lelaki yang dikatakan teman Nazri. Nadiah merasakan seperti pernah bertemu dengan lelaki di depannya itu tapi dia tidak ingat bila dan di mana. Lelaki itu juga dilihat sedang merenungnya. Gadis itu seakan pernah melihat renungan itu. Dia bermonolog sendiri tanpa menghiraukan dirinya sedang diperhatikan. “Takde la lama sangat pun. It’s okay. Oh ya, ini Redzuan. Kawan lama I. Zuan, ni Syuhada girlfriend dan yang sebelah Sue ni kawan baik dia, Nadiah.” Nazri mula memperkenalkan diri mereka. Syuhada tersenyum. Nadiah di sebelahnya sudah tidak keruan tatkala telinganya mendengar nama lelaki itu. ‘Redzuan???’ getus hati kecilnya. Lalu gadis itu mengangkat wajahnya memandang lelaki itu sekali lagi. Hampir luruh jantungnya apabila terpandangkan wajah itu. Serta-merta kejadian minggu lalu bermain di mindanya. Tiba-tiba dia jadi tidak senang duduk dengan situasi itu. dia berasa wajahnya kepanasan menahan malu. Namun, dia masih cuba untuk tersenyum kepada lelaki di hadapannya itu. Malam itu benar-benar merupakan mimpi ngeri bagi hidupnya. ‘Ni mesti dua orang ni punya rancangan ni. Kurang asam betul!! Patutlah beria sangat ajak aku keluar malam ni. Rupanya ini tujuannya. Bertuah punya kawan!’ marah Nadiah dalam hati sambil mencerlung ke arah temannya di sebelah. Tapi Syuhada dilihatnya hanya tersenyum bersahaja seperti tiada apa-apa yang berlaku.
      Makan malam itu hanya kedengaran Syuhada dan Nazri yang rancak berbual sementara Nadiah dan Redzuan hanya menyepi tanpa kata. Masing-masing melayan perasaan sendiri. Sesekali Redzuan melirik ke arah gadis di depannya itu. jauh di sudut hatinya dia terasa bahagia kerana takdir menemukan dia dengan gadis itu lagi buat kali ketiga. Ah, terasa kecil dunia. Dia tersenyum sendiri kerana selepas ini peluang untuknya mendekati gadis itu semakin besar dan mudah. Tak sia-sia dia menyetujui pelawaan teman lamanya untuk makan malam  pada hari itu. tidak disangkanya persetujuan itu menemukannya dengan gadis yang selama ini sering bermain di fikirannya. “Senyap aje korang ni Zuan, Nadiah. Kenapa?” Nazri yang mula menyedari kebisuan antara keduanya itu mula memecahkan kebisuan itu. Tersentak kedua mereka apabila diserbu dengan pertanyaan itu. Nadiah  hanya menundukkan wajahnya demi menahan rasa malu yang menggigit tangkai hatinya waktu itu. Redzuan geli hati melihat telatah gadis di depannya itu. Entah kenapa dia senang dengan usikan sebegitu. Sekali lagi dia melirik gadis itu ternyata wajahnya kelihatan merah menahan malu.
      “Oh ya, Nadiah. Aku dengan Nazri ingat nak pergi somewhere lepas ni kejap. Jom la ikut kitorang. Lagipun kalau nak balik awal-awal pun takde apa jugak nak dibuat kat rumah tu.” Syuhada pula memulakan agenda seterusnya. Dia sendiri sudah sedia maklum bahawa temannya itu pasti tidak mahu. Sengaja dia berbuat begitu. “Takpelah, Sue. Kau pergi ajelah. Aku penatlah. Esok kerja.” Tolak gadis itu lembut. Dia memang kepenatan sekali. Dia cuma perlukan rehat pulang nanti. Kepalanya pula selalu sakit-sakit akibat terlalu kepenatan dan tidak cukup rehat. “Hmm.. okaylah kalau macam tu. Err.. tapi macam mana kau nak balik nanti? Nazri tak bawak kereta dia malam ni. Dia tumpang dengan Redzuan ni hah.” Syuhada baru teringat soal itu. Nadiah dilihatnya sudah berkerut dahinya. Syuhada memandang ke arah teman lelakinya. Lelaki itu tersenyum penuh makna kepadanya sambil memberi bahasa isyarat. Syuhada yang pada mulanya tidak dapat menangkap maksud lelaki itu akhirnya mula turut tersenyum. “Macam ni ajelah. Biar Nadiah ni Zuan aje yang tolong hantar pulang sebabnya I naik satu kereta dengan Sue. Kau boleh hantarkan Nadiah tak, Zuan? Kau tak kisahkan Nadiah kalau Zuan tolong hantarkan?” Nazri pula makin giat mengusik mereka berdua. Ingin sekali dia tergelak besar apabila melihat telatah dua insan di depannya kala itu. “Oh, boleh aje. Kau jangan bimbang okay. Nadiah aku boleh tolong hantarkan nanti.” Ujar Redzuan dengan hati yang tidak dapat digambarkan gembiranya. Nadiah pula hanya sekadar mengangguk lemah. Dia sendiri sudah tidak tahu harus berkata apa lagi.
       
                                    
                                    ************************************

Suasana sepi menyelubungi kedua-dua insan itu. Masing-masing diam tidak berkata apa-apa. Hanya lagu dari siaran radio yang kedengaran memecah keheningan di antara mereka. Waktu itu lagu Surga Cinta nyanyian kumpulan Ada Band berkumandang. Gadis itu hanyut dalam dunianya sendiri tatkala terdengarkan lagu kegemarannya itu. Lagu yang memberi begitu banyak makna dalam hidupnya. Tidak semena-mena dia terkenangkan lelaki itu. Entah apa khabar lelaki itu sekarang. Dia mengeluh berat. Seakan-akan melepaskan beban yang berat di hati. “Err.. awak dah lama ke kenal dengan Nazri?” tiba-tiba kedengaran lelaki itu bersuara. Nadiah yang tersedar dari lamunan segera menoleh ke arah lelaki itu. Tidak segera menjawab soalan lelaki itu. Lelaki itu juga turut menoleh ke arahnya sambil menanti jawapan daripada gadis itu. Dia menjungkitkan keningnya. Nadiah menoleh kembali ke depan. “Err.. kenal tu takde la lama mana pun. Saya kenal dia daripada Sue masa dekat universiti dulu. Kenapa?” ujar gadis itu. “Takde apa-apa. Saja je tanya sebab nampak macam dah lama kenal. Yalah, mesra sangat.” Nadiah hanya tersenyum mendengar kata-kata lelaki di sebelahnya itu. Tidak tahu dibalas bagaimana. Dibiar sahaja dibawa angin lalu. Redzuan juga kelu mahu berkata apa lagi. Mereka hampir sampai ke kawasan perumahan gadis itu lalu Redzuan memberhentikan keretanya betul-betul di depan rumah teres dua tingkat itu. “Terima kasih. Maaflah sebab dah menyusahkan awak terpaksa hantar saya pulak. Emm.. pasal yang haritu saya minta maaf jugak sebab pergi macam tu aje. Saya masuk dulu ya. Terima kasih sekali lagi.” Ujar Nadiah sebelum membuka pintu kereta sambil melemparkan senyuman ke arah lelaki itu. Senyuman yang dirasakan ikhlas buat lelaki itu. “It’s okay. Pasal yang haritu saya yang patut mintak maaf dengan awak. Yalah, serbu awak macam tu ajekan. Memanglah awak rasa curiga, dahlah kita tak kenal. Baiklah, saya pun mintak diri jugak. Assalamualaikum. Selamat malam.” Ujar Redzuan pula sambil membalas senyuman gadis itu. “Waalaikummussalam. Selamat malam.” Sebaik sahaja pintu kereta ditutup, kereta itu mula meluncur pergi meninggalkan kawasan perumahan itu. Gadis itu tersenyum sambil mula melangkah masuk ke dalam rumah.

                               *********************************************

Nadiah bersendirian lagi hari minggu itu. Teman baiknya Syuhada seperti biasa berjumpa Nazri, teman lelakinya. Dia berkira-kira mahu membeli bunga ros putih untuk kerana ros putih di rumahnya sudah mulai layu semuanya. Maka dia ingin menggantikannya dengan bunga yang baru dan segar. Dia begitu menyukai ros putih malahan segala benda yang berwarna putih. Boleh dikatakan hampir kesemua perhiasan dan dekorasi di dalam rumahnya berkonsepkan pelbagai jenis warna putih termasuklah bilik tidurnya sendiri. Ros putih pula diletakkannya di ruang tamu, meja makan serta kamar tidurnya. Baginya ia mampu memberinya ketenangan.
      Dari jauh dia sudah ternampak kedai bunga. Lantas dia mengatur langkah menuju ke arah kedai tersebut. Dia melihat-lihat bunga-bunga yang terdapat di kedai tersebut sambil mencari bunga ros putih. Tiba-tiba dia didatangi seorang gadis sambil melemparkan senyuman mesra kepadanya. Dia membalas senyuman itu lalu meminta gadis itu menyediakn ros putih 30 kuntum untuknya. Sementara menunggu, dia meninjau-ninjau melihat bunga-bunga lain yang ada di situ tanpa menyedari dirinya sedang diperhatikan seseorang dari jauh.
      Redzuan yang baru berkira-kira mahu pulang terhenti langkahnya tatkala matanya terarah pada satu raut yang cukup dikenalinya. Gadis itu dilihatnya berada di kedai bunga terkenal di dalam pusat membeli-belah itu. Dia tersenyum sendiri apabila mengenangkan peristiwa beberapa hari lalu selepas makan malamnya bersama gadis itu dan dua lagi temannya. dia masih ingat lagi senyuman manis yang dilemparkan oleh gadis itu kepadanya. Buat pertama kalinya Redzuan rasakan begitu ikhlas sekali yang pernah dia lihat oleh seorang gadis yang baru dikenalinya. Dia mula memikirkan sesuatu lantas dihayunkan kakinya menuju ke arah gadis itu. Ketika dia tiba di situ sepertinya gadis itu langsung tidak menyedari kehadirannya, malahan dilihatnya gadis itu begitu leka sekali dengan bunga-bunga yang ada di situ. “Erm.. boleh saya bantu Cik Nadiah?” tegur Redzuan, sengaja mahu mengejutkan gadis itu dengan menyebut namanya. Serentak itu juga gadis itu menoleh ke arahnya. “Eh.. Encik Redzuan. Awak buat apa kat sini? Nak beli bunga jugak ke?”ujar gadis itu yang pada mulanya agak tersentak apabila namanya disebut tersenyum ke arah lelaki di sebelahnya. Lelaki itu dilihatnya tertawa kecil. Dia tiba-tiba hairan dengan gelagat lelaki berusia 27 tahun itu. “Kenapa awak ketawa? Apa yang kelakar sangat?” dia meraba-raba mukanya takut-takut ada sesuatu yang tidak kena sehingga membuatkan lelaki itu tertawa sebegitu.  Redzuan cuba mengawal dirinya sendiri. Dia cuma berasa sedikit lucu apabila gadis itu ber’encik’ dengannya. Dia mula bersuara semula setelah keadaannya kembali reda, “Takde apa-apalah. Saya cuma rasa agak pelik dan lucu bila awak ber’encik’ dengan saya.” Ketawanya meletus kembali. Gadis itu juga turut tertawa malu dengan kelakuannya yang tiba-tiba formal sebentar tadi. “Nadiah buat apa kat sini? Beli bunga untuk siapa?” Redzuan mula bertanya setelah keadaan mereka kembali sedia kala. “A’ah.. beli ros putih. Nak gantikan dengan yang baru sebab dekat rumah semua dah layu.” Ujar gadis itu sambil leka menilik bunga-bunga di situ sementara masih menunggu bunganya.
      Tidak lama kemudian, gadis tadi datang ke arah mereka berdua sambil menghulurkan jambakan ros putih kepada Nadiah. Redzuan sedikit terkejut tatkala terpandangkan jumlah ros putih yang begitu banyak itu. selepas gadis itu selesai membayarnya, mereka mula bergerak keluar dari kedai tersebut. “Banyaknya beli. Takkanlah seluruh ruang rumah tu awak letak kot!” soal Redzuan sambil memandang ke arah bunga yang berada di dalam pelukan gadis di sebelahnya. Gadis itu ketawa mendengar ucapan yang keluar dari mulut lelaki itu. “Takdelah sampai seluruh ruang saya letak. Ruang tertentu ajelah. Saya memang suka sangat-sangat ros putih sebab cantik dan sejuk mata yang memandang. Kalau tengah letih lepas balik kerja tu then terpandang pulak kat bunga ni rasa tenang tu datang tau. My mind feels relax.” Panjang lebar gadis itu menerangkan kepada lelaki di sebelahnya. “Tak sangka pulak Cik Nadiah kita ni pandai berfalsafah tentang bunga.” Usik Redzuan. Sedikit sebanyak keadaan itu makin mengeratkan lagi hubungan mereka.  Nadiah hanya menjungkitkan bahu tanda respon terhadap kata-kata lelaki itu sambil bibirnya masih tetap tersenyum. “Erm.. awak nak pergi mana pulak lepas ni?” soal Redzuan. “Tak ada pergi mana-mana dah rasanya. Terus balik rumahlah kot. Kenapa?” Jawab gadis yang hanya memakai T-Shirt hitam lengan panjang dan berseluar jeans sementara kepalanya dikenakan tudung berwarna hitam. Sesuai dengan gayanya yang gemarkan sesuatu yang simple tetapi memberinya keselesaan. “Bukan apa saya ingat nak ajak awak makan. Itupun kalau awak sudilah.” Ujar Redzuan sambil di dalam hatinya berharap agar gadis itu bersetuju dengan cadangannya itu. Nadiah diam memikirkan sesuatu sambil melirik pada jam di tangan kanannya sebelum dia berkata sesuatu. “Sure, why not! Lagipun saya tak ada pergi mana-mana lepas ni. Bolehlah.” Redzuan yang mendengarnya tersenyum lebar di dalam hati. Mereka pun mula bergerak menuju ke arah bahagian food court yang terdapat di pusat membeli-belah tersebut. Nadiah memilih untuk makan masakan kegemarannya iaitu masakan ala Thai manakala Redzuan lebih menggemari masakan kampung. Selesai membayar, mereka memilih tempat duduk yang agak tersorok kerana yang lain sudah penuh. Kebiasaannya pada hari minggu sebegitu sememangnya akan penuh. Tidak banyak yang mereka berdua bualkan, hanya sekadar bertanya soal pekerjaan masing-masing sehinggalah melarat ke soal peribadi. “Awak ni takde someone special ke?” lancar sahaja soalan itu meluncur keluar dari bibir Redzuan. Nadiah yang sedang menghirup kuah Kuey Teow Tomyamnya tersedak apabila diserbu dengan soalan yang selama ini sudah lama terkubur dalam kamus hidupnya. Terbatuk-terbatuk dia dibuatnya. Redzuan yang menyedarinya agak panik lalu menghulurkan air kepada gadis itu. Dia tiba-tiba digamit perasaan bersalah terhadap gadis itu. “Awak okay ke? Maafkan saya kalau pertanyaan saya tadi buat awak tak selesa. You don’t need to answer it if  you don’t want to. It’s okay.” Ujar lelaki itu.
      “Saya tak ada apa-apa. Saya okay.” Jawab gadis itu sambil menyedut minumannya agar perit di tekaknya hilang. Matanya sedikit berair manakala hidungnya sedikit kemerahan akibat tersedak tadi. “I’m sorry.” Tutur lelaki itu perlahan sambil matanya merenung tepat ke anak mata coklat gelap gadis itu. “No, I’m alright. Boleh kita pergi sekarang?” ujar gadis itu cuba mengawal dirinya dengan renungan aneh lelaki itu. Lelaki itu mengangguk lantas mereka bergerak meninggalkan tempat itu. Setibanya mereka di kawasan tempat kereta Nadiah menuju ke arah keretanya. Disangkanya lelaki itu juga sudah tiada tetapi sangkaannya meleset kerana disedarinya lelaki itu juga turut berada bersamanya di sisi keretanya. “Awak pasti ke awak tak apa-apa ni? Saya betul-betul minta maaf pasal tadi,” Redzuan mengulang kembali soalannya tadi. Gadis itu dilihatnya melemparkan senyuman kepadanya. “Betul, saya tak apa-apalah. Tersedak ajelah bukan tercekik pun. Okaylah awak saya balik dulu ya. Assalamualaikum.” Tutur gadis itu lembut seraya membuka pintu keretanya dan menghidupkan enjin. Dia sempat melemparkan senyuman ke arah lelaki itu sebelum menekan pedal meninggalkan kawasan tempat itu. Redzuan hanya memandang kereta Satria Neo putih metalik itu berlalu pergi hingga ia menghilang daripada pandangannya. Dia mula melangkah ke arah keretanya dan bergerak pulang.

              ******************************************************

Sejak pada hari itu hubungan antara Redzuan dan Nadiah semakin hari semakin rapat. Persahabatan yang terjalin antara mereka mula sedikit demi sedikit dapat dihidu oleh Syuhada dan Nazri. Entah mengapa Syuhada dan Nazri merasakan ada sesuatu di antara mereka berdua. Namun, Nadiah sering sahaja menafikannya walaupun dia tahu temannya itu tidak mempercayainya. Dia sendiri sudah malas mahu berbahas soal itu dengan temannya itu. Lama-kelamaan pertanyaan itu terkubur begitu sahaja dengan sendirinya. Dia sendiri tidak pasti dengan hatinya setiap kali dirinya disoal tentang hubungannya dengan lelaki itu. Dia akui hubungan mereka kian rapat tetapi dia belum terfikirkan untuk mengharapkan ia lebih daripada sekarang. Baginya, cukuplah ia sekadar teman biasa sahaja.
      Malam itu mereka berdua tidak ke mana-mana. Masing-masing keletihan sekali pada hari itu. Waktu itu mereka berdua sedang menonton televisyen setelah selesai makan malam bersama. Suasana sepi menyelubungi seisi ruang tamu rumah teres dua tingkat itu. Sesekali Syuhada menoleh ke arah temannya di sebelah yang begitu leka menonton. Mindanya tiba-tiba sahaja mula memikirkan sesuatu tentang gadis itu. Gadis itu sudah terlalu lama hidup menyendiri sejak 4 tahun lalu. Syuhada sendiri tidak pasti adakah gadis itu benar-benar sudah melupakan lelaki itu ataupun tidak, atau gadis itu sengaja berlagak seperti tidak ada apa-apa demi menutup rahsia hatinya yang sebenar. Sampai bila kau nak macam ni, Nadiah. Getusnya dalam hati sambil matanya masih merenung temannya di sisi. Nadiah yang tadinya leka menonton perasan dirinya sedang diperhatikan sejak tadi. Dia turut memandang temannya di sebelah. “Kau ni kenapa tenung aku macam tu? Macam tak pernah tengok aku je kau ni,” soal Nadiah memecahkan kesepian di antara mereka. Syuhada segera tersedar dari lamunannya. “Apa dia?” Syuhada terpinga-pinga. “Kau tulah apasal Sue? Tenung aku macam nak telan aku aje!” ulang gadis itu sekaligus membawa temannya ke alam realiti. “Err.. takde apa-apalah.” Syuhada cuba mengawal dirinya. Tapi, patutkah aku bertanya? Dia mengomel sendiri sekali lagi. Dia menjadi serba-salah saat itu. Dia menarik nafas sedalamnya sebelum menghembusnya perlahan-lahan. “Err.. Nadiah. Kalau aku nak cakap sikit dengan kau boleh?” akhirnya keluar juga apa yang dipendamnya sejak tadi. “Apa dia? Cakaplah.” Ujar gadis itu sambil matanya masih lagi tertumpu pada kaca televisyen di depannya. “Hmm.. kau tak terasa hidup kau ni sunyi ke? Maksud aku kau tak nak ada seseorang yang istimewa ke dalam hidup kau tu? Kau pun tahukan kau dah lama sendiri. Tapi sampai bila kau nak hidup sendiri macam ni terus? Susah sangat ke kau nak lupakan dia, Nadiah? Aku bukan apa, aku tak mahu kau terus seksa diri kau, hati kau macam tu!” laju sahaja ayat yang meluncur keluar dari bibir Syuhada kepada temannya yang sudah dianggap seperti adiknya sendiri. Dia menanti kata-kata dari gadis itu pula. Namun, Nadiah kelihatannya hanya menyepikan diri sambil wajahnya masih pada skrin televisyen tersebut. Gadis itu mengeluh sebelum memusingkan wajahnya membalas renungan teman baiknya. “Aku dah cukup bahagia dengan apa yang aku ada sekarang, Sue. Tak ada apa dah yang aku perlukan lagi. Aku ada kau yang selalu ada di sisi aku setiap saat. Aku dah ada kerjaya aku sekarang dan aku dah capai apa yang aku impikan selama ni. Complete!” ujar gadis itu sambil tersenyum. Tetapi, Syuhada tahu temannya itu bohong dan cuba untuk lari dari maksudnya yang sebenar. “Dah kau jangan nak pusing cerita pulak! Sampai bila kau nak macam ni, hah?! Kau tak bosan ke hidup macam ni hari-hari tiap masa? Aku tahu kau belum lupakan dia kan?! Kau pura-pura gembira tapi dalam hati kau tu gembira tak? Bahagia tak?! Kau cakap dengan aku sekarang! Apa yang buat gembira? Apa yang buat kau bahagia?? Apa???” Syuhada sudah tidak dapat menahan rasa di hatinya. Dia bukannya marah dengan temannya itu tapi dia tidak mahu gadis itu terusan hidup sebegitu. Nadiah hanya menundukkan kepalanya tatkala mendengarkan kata-kata temannya. Sesungguhnya segalanya benar belaka cuma dia sahaja yang masih mahu menafikannya.
      Syuhada menarik tubuh gadis itu lalu memeluknya erat. Dia dapat merasakan tubuh gadis itu terhinjut-hinjut. Dia tahu gadis itu menangis. Pelukannya semakin dieratkan agar bisa menenangkannya. “Let it out, dear. I’m here with you. Aku faham apa yang kau rasa. Menangislah andai itu mampu buat beban kau berkurangan.” Pujuk Syuhada lembut. “I miss him so much, Sue. I can’t forget him at all. Aku dah cuba tapi aku tak boleh. Aku tak tahu kenapa sampai sekarang aku masih tak mampu nak lupakan dia.” Nadiah bersuara dalam esaknya yang kuat. Dia sememangnya sudah tidak mampu untuk menahan perasaan yang semakin menggigit dan menyeksa jiwa gadisnya selama ini. “Aku tahu. Aku faham perasaan kau tu tapi kau tak boleh macam ni terus. Lupakan Safwan tu. Cuba buka pintu hati kau untuk cinta yang lain. Aku tak mahu selamanya kau hidup sendirian macam ni. Okay?” ujar Syuhada entah buat kali ke berapa pada hari itu. Pelukan dileraikan. Dia menyeka mutiara jernih yang laju menuruni pipi mulus temannya. Gadis itu hanya diam. Mengangguk tidak menggeleng pun tidak. Syuhada juga sudah kehilangan kata-kata mahu memujuk hati gadis itu. ‘Aku harap satu saat kau akan temui kebahagiaan kau kawanku.’ Doanya dalam hati.

                      **************************************************

NADIAH yang leka dengan kerjanya sedikit tersentak apabila interkom berbunyi menandakan ianya daripada pengurusnya. Segera ditekannya interkom tersebut lalu bersuara, “Ya, Tuan Taufiq. Ada apa-apa saya boleh bantu?” begitu teratur ayat yang diucapkan olehnya. “Yes. Could  you come to my room for awhile? I’ve something to talk to you about the tender with our clients in UK.” Arah lelaki bersuara garau itu. “Baiklah, Tuan. I’ll be there in a minute.” Ujar gadis itu lalu bingkas menuju ke ruangan pengurusnya. Syuhadayang menyedarinya membuat bahasa isyarat ingin tahu. Nadiah membalasnya dengan menjungkitkan bahu sambil tersenyum ke arah temannya yang sedang sibuk dengan tugasnya.
      Gadis itu mengetuk pintu sebelum kedengaran suara garau lelaki itu menyuruhnya masuk. Dia memulas tombol lalu melangkah masuk menuju ke arah meja lelaki berusia awal 50an itu.  Lelaki itu ketika itu sedang berbual di telefon dengan seseorang dan dia disuruh duduk dan tunggu oleh lelaki tersebut. Gadis itu hanya menurut sambil matanya melilau-lilau memerhati di sekitar ruang pejabat pengurus yang dianggapnya seorang yang baik hati serta memahami pekerja-pekerjanya. Oleh itu, dia senang bekerja di syarikat itu.  Pilihan warna tema coklat bagi ruang pejabat itu amat menenangkannya dan sangat sesuai dengan personaliti lelaki itu yang sukakan sesuatu yang klasik namun masih kelihatan moden. “Okay, Nadiah. Terima kasih kerana menunggu,” ujar lelaki itu sebaik sahaja selesai bercakap. Gadis itu hanya melemparkan seyunman sambil menanti apakah tujuan dia dipanggil ke situ. “Saya panggil awak ke sini sebab nak bincangkan sesuatu tentang tender kita dengan clients dekat UK. Saya sebenarnya dah buat keputusan dan sudah berbincang dengan semua ahli lembaga pengarah tentang ni. Jadi saya dah putuskan untuk menghantar awak ke UK untuk uruskan tender kat sana. Awak akan berlepas ke sana sebulan daripada sekarang. Soal penginapan dan semua keperluan awak kat sana nanti akan diuruskan, awak hanya perlu pergi sana dan uruskan tentang tender tu. Macam mana?” terang lelaki segak berpakaian pejabat biru laut dan bertali leher hitam tersebut. Nadiah yang tadinya diam terkejut dengan penjelasan tersebut. Dia kelu untuk berkata-kata saat itu. “Saya? Tapi kenapa saya yang tuan pilih? Setahu saya ramai lagi pekerja yang lebih layak untuk uruskan tender tu. Saya rasa tawaran ni terlalu besar untuk saya. Lagipun, saya tak pernah uruskan mana-mana tender sebelum ni. Macam mana kalau saya gagal uruskan tender tu?” kata-kata gadis itu membuatkan pengurusnya tersenyum mendengarnya. Nadiah sendiri tidak yakin dengan tawaran yang diberikan kepadanya kerana dia sememangnya tidak punya pengalaman dalam menguruskan tender sebelum ini. “Ya, saya tahu tentang itu. Semua itu normal Nadiah sebab saya tahu ini kali pertama buat awak. But, I know you can do it. Saya pun tak tahu kenapa tapi saya yakin dengan kebolehan awak. This is the time for you to try new things, right? Well, I’ll give you time to think about it. But, I really hope that you will agree.” Ujar lelaki di depannya penuh yakin. Dia sendiri tidak tahu tentang itu sama ada bersetuju mahupun tidak. “I’ll think about this. Tapi, saya sendiri tak boleh nak berjanji dengan tuan tentang ini. Saya harap tuan boleh faham.” Sambung Nadiah sambil cuba untuk tersenyum walaupun hatinya berbelah-bagi untuk membuat keputusan.  Segalanya terlalu mendadak bagi dirinya. Dia mula bingkas bangun dan melangkah keluar dari pejabat pengurusnya itu setelah dirasakan tiada apa-apa lagi untuk dikatakan.
      Nadiah melangkah longlai ke arah meja kerjanya tanpa menghiraukan temannya yang memandang. Dia duduk termenung sambil menongkat dagu memikirkan tawaran tadi. Moodnya untuk kembali menyambung tugas sudah tiada. Syuhada tiba-tiba muncul di depannya sambil memandangnya pelik. “Kau kenapa lagi ni, Nadiah? Apasal Tuan Taufiq panggil kau tadi? Is there any problem?” soal Syuhada apabila gadis itu masih lagi termenung. Gadis itu mengeluh berat, makin menambahkan kehairanan di hati Syuhada. “Tuan Taufiq tawarkan pada aku untuk hantar aku ke UK sebab nak suruh aku uruskan tender dengan clients kat sana bulan depan.” Terang gadis itu dengan suara yang agak lesu. Syuhada yang mendengarnya terkejut gembira.”Wow, that’s great! Tahniah! Habis kau nak pergi tak? Rugi tau kalau kau tak ambil peluang macam ni. Bukan senang nak dapat peluang macam ni, lebih-lebih lagi dekat overseas pulak tu. Berapa lama kau kena uruskan tender tu kat sana?” senang sekali kedengarannya namun gadis itu masih bingung. “Entahlah, Sue. Aku pun tak tahu nak pergi ke tak. Kau pun tahu kan aku takde pengalaman langsung nak uruskan tender sebelum ni. Ini tiba-tiba aje suruh aku yang uruskan tender tu. Buatnya aku tersilap ke apa macam mana nanti. Aku jugak yang kena buang kerja tau! Aku pun tak tahu berapa lama aku kena berada kat sana.” Syuhada sendiri faham dengan situasi temannya itu. Tetapi, dia yakin temannya boleh melakukannya. “Macam nilah. Kau fikirkan dulu semasak-masaknya. Tapi, pastikan keputusan yang kau buat tu nanti takkan buat kau menyesal. Aku sokong apa pun keputusan kau. Tapi, aku rasa lebih baik kau terima ajelah tawaran tu. Inilah masanya untuk kau lupakan segalanya dan mulakan hidup baru. Trust me, dear. This is the right time for you. Prove it that you can go on with your life without him anymore. I know you’re a strong woman I ever know. Find your own happiness. I really hope that you will accept this.” Ujar Syuhada panjang lebar memberikan kata-kata semangat agar teman baiknya itu bisa bangkit lagi dari masa silamnya. Gadis itu dilihatnya tersenyum hambar. Dia meninggalkan gadis itu sendirian dan kembali ke mejanya menyambung tugasnya yang terbengkalai sebentar tadi. Nadiah juga turut memikirkan kata-kata temannya itu. Jauh di sudut hatinya dia mengakui kebenaran kata-kata temannya tadi. Dia menarik nafas sedalamnya sebelum menyambung kembali tugasannya.

                            ***************************************

 “Assalamualaikum.” Ucap Nadiah seraya menutup pintu rumah. Wajahnya kelihatan begitu keletihan setelah pulang dari pejabat. Syuhada dilihatnya sedang menonton televisyen sambil minum petang. “Waalaikummussalam. Lambatnya kau balik. Banyak sangat ke kerja kat pejabat tu? Padahal aku dengan kau ni satu pejabat je tapi takdelah kerja sampai banyak macam kau tu.” Ujar Syuhada sambil bingkas ke dapur mengambil satu lagi mug lalu dituangnya teh o panas dan dihulurkan kepada temannya. “Terima kasih. Rajin kau hari ni buat semua ni. Biasanya hampeh.” Bidas Nadiah sambil ketawa terkekek-kekek.  Sengaja dia mahu bergurau dengan teman baiknya itu kerana serasa sudah terlalu lama mereka tidak duduk bersama dan bergurau begitu. Masing-masing begitu sibuk dengan hal sendiri, malahan dia sendiri tidak punya masa sekarang memandangkan kerjanya di pejabat adakalanya terpaksa dibawa ke rumah. “Mulalah ngada-ngada dia tu nak kenakan aku. Cuba kau rasa sedap tak yang aku buat ni. Agak-agak boleh lawan tak yang makcik dekat kau biasa beli tu.” Ujar Syuhada sambil menghulurkan pinggan cekodok yang dibuatnya tadi. Nadiah mengambil satu dan merasanya. Syuhada menanti komen dari temannya. Lama dia menanti tetapi bukan komen yang dia dapat. Nadiah dilihatnya tidak mengendahkannya langsung, malahan gadis itu leka menonton cerita kartun kegemarannya sambil makan cekodok tersebut. Habis satu kemudian diambilnya lagi. Syuhada naik geram dengan temannya yang satu itu. “Eeeiii.. kau ni. Aku tak suruh kau makan sampai habis cekodok ni. Aku suruh kau rasa je dulu lepas tu komen.” Bebel Syuhada apabila mendapati hampir habis cekodoknya dimakan gadis itu. gadis itu hanya tersengih mendengarnya.”Alah kau ni. Kalau aku tak komen maknanya sedaplah. Kalau tak, takkanlah sampai nak habis aku makan cekodok kau ni. Apalah kau ni, Sue. Lambat.” Bidas Nadiah sambil menghirup teh o yang masih panas. Syuhada memuncungkan bibirnya tanda tidak puas hati dengan kata-kata temannya itu. “Kau tak payah nak buat muka muncung sedepa macam tulah. Tak laku depan aku tau.  Sedaplah cekodok ni. Gurau sikit pun dah sentap. Kata ganas tapi dah uji sikit dah sedepa muncung dia. Takde maknanya ganas kau tu. Dahlah Sue. Aku nak naik dulu. Letihlah. Lagipun malam ni aku nak keluar kejap dengan Zuan. Dia ajak makan malam. By the way, thanks for the hi-tea.” Sambung Nadiah itu sambil melangkah menaiki tangga menuju ke kamar untuk membersihkan diri dan solat asar seterusnya bersiap mahu keluar malam itu kerana Redzuan mengajaknya untuk makan malam. Kata lelaki itu, dia mahu memberitahu sesuatu kepadanya. Syuhada hanya mampu menggeleng kepala dengan gelagat temannya itu sambil tersenyum. Keluar makan dengan Zuan? Berkerut dahi gadis itu apabila terdengar kata-kata temannya tapi apabila ditoleh kepalanya temannya sudah tiada.

                                    ************************************

NADIAH membelokkan keretanya memasuki kawasan tempat letak kereta mahu mencari parking. Dia memanjangkan lehernya mengintai-intai tempat kosong yang masih ada. Tidak lama kemudia, dia menjumpai satu tempat kosong lalu memarkirkan keretanya di situ dan mematikan enjin. Lantas dia keluar menuju ke arah Restoran Mutiara di mana sudah dijanjikan oleh Redzuan untuk mereka bertemu malam itu. Gadia itu kelihatan bersahaja dengan t-shirt lengan panjang coklat disesuaikan dengan jeans hitam dan bertudung coklat. Dia mencari-cari lelaki itu dan tidak sampai beberapa saat dia sudah menemuinya lantas menuju ke arah lelaki itu.
      “Assalamualaikum. Maaflah lambat. Dah lama ke sampai?” ucap Nadiah sambil tersenyum seraya mengambil tempat duduk bertentangan dengan lelaki yang berbaju t-shirt berkolar biru laut lengan pendek dan berjeans biru. “Waalaikummussalam. Eh, tak lambat pun. Saya pun baru je sampai jugak ni.” Ujar Redzuan turut membalas senyuman gadis itu. Tidak lama datang seorang pelayan mengambil pesanan dan berlalu pergi semula. “Terima kasih sebab sudi keluar dengan saya malam ni walaupun saya tahu awak letih. Yalah, baru je balik dari pejabat keluar lagi dengan saya.” Sambung Redzuan sambil merenung anak mata coklat gelap milik gadis itu. “It’s okay. By the way, apa yang awak nak bagitahu saya tu? Nampak macam penting aje.” Soal Nadiah mula mengingati tentang itu. Dia menanti kata-kata yang akan terluah dari bibir lelaki tersebut  Namun, Redzuan hanya tersenyum sebagai jawapan kepada soalan gadis tersebut. Dia sendiri gugup mahu mengungkapkannya. Akhirnya persoalan itu pergi dibawa angin lalu. Malam itu mereka makan sambil berbual-bual dan adakalanya diselit dengan jenaka yang dibuat oleh Redzuan.
      “Terima kasih sebab belanja saya malam ni. Lain kali saya nak belanja awak pulak. No excuse.” Ucap Nadiah. Dia sempat memotong lelaki itu dari menolak cadangannya. Akhirnya mereka ketawa lagi. “Okay. Suka hati awaklah. Tapi, saya tak mahu makan dekat restoran biasa macam ni. Sekali-sekala kalau dapat makan dekat five-star restaurant pun best jugakkan. Iyalah, dah alang-alang orang nak belanja apa salahnya. Ya tak?” duga Redzuan. Dia sengaja berkata begitu agar gadis itu membatalkan hasratnya tadi. Namun, sangkaannya meleset sama sekali apabila gadis itu bersetuju tanpa banyak bicara. “Well, I don’t mind. Why not, right? Lagipun saya bukan selalu jugak dapat belanja orang tu. Asyik orang tu aje yang belanja saya makan.” Ujar Nadiah sengaja menggunakan bahasa sedemikian. “Asyik nak menang ajekan awak ni! Saya gurau aje. Saya tak kisah mana-mana pun kalau dah rezeki kan.” Balas Redzuan. “Hmm.. kalau macam tu saya minta diri dululah. Dah lewat ni. Nanti risau pulak Sue kat rumah sorang-sorang tu. Assalamualaikum.”  ujar Nadiah mula menyedari waktu yang kian larut.  Dia membuka pintu keretanya dan memboloskan diri ke dalam Satria Neo miliknya. “Baiklah. Hati-hati memandu tu. Waalaikummussalam.” Balas Redzuan. Nadiah sempat melemparkan senyuman kepada lelaki itu sambil mula bergerak keluar dari kawasan parkir kereta tersebut.  Redzuan turut tersenyum sendirian bersama malam yang membawa pergi momen bersama gadis itu sebentar tadi.

                                    ***********************************

“Assalamualaikum,” ucap Nadiah sambil menutup pintu rumah. Dia tersenyum tatkala temannya menoleh ke arahnya. Senyumannya dibalas. “Waalaikummussalam. Seronok dating?” perli Syuhada. Sengaja mahu menggiat temannya itu. “Takde maknenya nak seronok okay. Kitorang bukan dating okay cik Syuhada. Apalah kau ni. Suka benar perli aku, kan? Sekali aku hempuk karang baru kau tahu.” Gertak gadis itu. tapi Syuhada dilihatnya menjelirkan lidah ke arahnya sambil ketawa terkekek-kekek. “Sudahlah, Sue. Malas aku layan kau ni. Lama-lama aku yang jadi sewel macam kau tu. Aku nak naik dululah. Nak solat Isyak then aku nak tidur. Kau tu jangan lewat sangat tidur. Buatnya terlajak pergi kerja masaklah kau kena ceramah dengan Tuan Taufiq nanti. Padan muka kau tu. Bonne nuit.” Ujar gadis itu seraya melangkah mendaki anak tangga menuju ke kamarnya. Badannya terasa begitu letih benar kerana belum berehat sejak pulang dari pejabat petang tadi.
Usai solat Isyak Nadiah menyimpan telekung dan sejadah di penyidai lalu dia merebahkan tubuh kecilnya di atas katilnya. Cahaya suram kamarnya cukup untuk membuatkannya terbuai ke dalam memori yang mula menari-nari di mindanya kala itu. Tiba-tiba dia teringat tentang lelaki itu. Safwan. Segala kenangannya bersama lelaki itu masih jelas diingatannya. Tiada satu pun yang hilang. Serentak itu kedengaran telefon bimbitnya berdering lagu ‘I’ll Never Stop’ dari kumpulan N’Sync segera menghapuskan bayangan lelaki itu. Dia mencapainya lalu melihat nama yang tertera di skrin telefonnya. “Redzuan??” hanya itu yang meluncur keluar dari bibirnya. Akhirnya dia menekan punat hijau menjawab panggilan tersebut.
      “Assalamualaikum,” ucap Nadiah bersahaja. “Waalaikummussalam. Awak dah tidur ke? Maaflah ganggu awak berehat.” Ujar Redzuan dengan hati yang agak gugup. Entah kenapa dia begitu gugup malam itu tetapi dia tetap cuba untuk mengawalnya sebaik mungkin agar tidak disyaki oleh gadis itu. “Belum tidur lagi. Tengah tunggu mata ni nak lelap. Ada apa-apa hal ke call ni?” soal Nadiah sambil menahan nguap yang tiba-tiba menerjah. “Err.. sebenarnya saya ada sesuatu nak cakap dengan awak masa makan malam tadi tapi saya rasa macam tak sesuai pulak nak bagitahu masa tu. Jadi, saya ingat sekarang ni masa yang sesuai untuk saya terus-terang dekat awak.” Ujar Redzuan panjang lebar. “Terus-terang pasal apa?” soal Nadiah lagi tidak mengerti dengan kata-kata lelaki itu tadi. “Tentang kita.” Ringkas namun cukup untuk membuatkan dahi gadis itu berkerut seribu. Dia semakin tidak mengerti dengan kata-kata lelaki itu. Dia menanti ayat yang seterusnya daripada lelaki itu kerana dia sendiri sudah tidak tahu mahu bertanya apa lagi. Kedengaran lelaki itu mengeluh di hujung talian. “Sebenarnya... saya... saya... suka  awak.” Akhirnya keluar juga apa yang selama ini berbuku di hati lelaki itu. Redzuan lega. Kini, gilirannya pula menanti kata-kata daripada gadis itu. Lama dia menanti. “Nadiah, are you still there?Maaf kalau saya bagitahu ni pada masa yang tak sepatutnya. Tapi saya tak mampu nak pendam lama-lama benda ni. Saya tak nak terlambat ucapkannya pada awak. Saya tak mintak jawapan awak sekarang. Awak ambillah seberapa banyak masa pun yang awak nak. Saya akan tunggu jawapan awak. Saya takkan paksa awak. Tapi, saya harap awak tak kecewakan saya.” sambung Redzuan apabila dirasakan gadis itu tidak akan berkata apa-apa. Kali ini kedengaran gadis itu pula mengeluh berat. “Awak ni memang suka bergurau pelik-pelik, kan?” ujar Nadiah dengan perasaaan yang bercampur-baur. Dia sendiri terkedu dengan apa yang baru sahaja diluah oleh lelaki tersebut sebentar tadi. Tidak tahu mahu berkata apa. “I’m serious, Nadiah. Honestly from the  deepest of my heart. I’m not lying to you. Jangan tanya mengapa sebab saya sendiri tak tahu sebabnya. Ia datang dengan sendirinya tanpa saya sedari sejak pertama kali saya jumpa awak dulu.” Ucap lelaki itu lembut. Sekali lagi Nadiah terkedu mendengarnya. Benar-benar buntu mahu membalas bagaimana. “Entahlah, Zuan. Semua ni terlalu cepat bagi saya. Saya harap awak boleh bagi saya masa untuk fikirkannya dan saya tak boleh nak berjanji apa-apa dengan awak. Saya harap awak boleh faham.” Hanya itu yang mampu diluahkannya saat itu daripada dia berdiam diri. “Don’t worry. Take your time. Saya faham.” Ujar Redzuan. Tidak mahu membebankan fikiran gadis itu. “Thanks. Emm.. kalau macam tu takpelah Zuan. Saya tidur dulu ya. Maaf tak boleh nak sembang lama-lama. Mata dah mengantuk. Selamat malam. Assalamualaikum.” Ucap Nadiah. “Tak apa. Saya yang patut minta maaf sebab dah ganggu awak. Okay, selamat malam. Waalaikummussalam.” Balas Redzuan seraya mematikan talian. Dia termenung merenung syiling bilik bujangnya memikirkan jawapan gadis itu sehingga akhirnya dia terlelap dengan sendirinya.

                              ************************************

 “Assalamualaikum,” Nadiah yang baru sahaja mahu membuka pintu keretanya terkejut apabila tiba-tiba ditegur seseorang dari arah belakang. Suara seorang gadis yang dia sendiri tidak dapat mengecamnya. Dia berpaling ke belakang mahu mencari gerangan yang memberi salam tadi. Ternyata sangkaannya tepat. Dia memang tidak mengenali gadis di depannya kala itu. Namun, salam gadis itu turut disambutnya sambil menghulurkan tangan sambil melemparkan senyuman kepada gadis yang tidak dikenalinya tersebut. “Waalaikummussalam. Ya, ada apa-apa saya boleh bantu cik...” ayatnya tidak sempat dihabiskan lantas disambut gadis di depannya itu berserta huluran tangan. “Aien. Nur Aien Hafieza. Awak Nadiah, kan?” ujar gadis yang memperkenalkan dirinya Aien. Nadiah terkedu bagaimana gadis itu bisa mengenalinya. “Saya tahu awak pasti hairankan macam mana saya boleh tahu nama awak? Kalau awak tak kisah boleh kita pergi kat tempat yang sesuai sikit untuk berbual?” soal gadis itu memberi cadangan. “Sure.” Hanya itu yang mampu dijawab Nadiah saat itu kerana hatinya masih diburu rasa hairan dengan gadis yang baru dikenalinya itu. Segera dia memboloskan diri ke dalam keretanya lantas menghidupkan enjin dan mengikut haluan kereta gadis tadi dari belakang sehinggalah keretan gadis tadi dilihatnya berhenti di satu parkir berdekatan dengan sebuah kafe. Nadiah tanpa berlengah memarkirkan keretanya lalu menghampiri gadis itu yang melangkah masuk ke dalam kafe tersebut. Gadis itu memilih tempat yang agak tersorok dari orang ramai. Dia hanya menurut walaupun hatinya menjerit tidak sabar ingin tahu apa tujuan gadis itu sebenarnya. Gadis itu dilihat daripada andaiannya dari anak orang berada memandangkan caranya berpakain mengikut fesyen terkini walaupun bertudung jika nak dibandingkan dengan dirinya yang hanya gemarkan kesederhanaan dan bersahaja dalam berpakaian. Mereka dihampiri seorang pelayan lalu mereka memesan minuman masing-masing sebelum pelayan itu beredar semula.
      “Err.. ada apa-apa ke yang cik Aien nak cakapkan dengan saya ni? Nampak macam mustahak aje.” akhirnya Nadiah bertanya juga. Dia sudah tidak sanggup berperang dengan persoalan demi persoalan yang menjengah fikirannya. Gadis itu memandangnya lama tanpa kata-kata yang terkeluar dari bibirnya. Keadaan itu membuatkan Nadiah menjadi semakin gelisah, namun tetap cuba dikawal perasaannya kala itu. Malah, dia cuba untuk tersenyum walaupun dia tahu senyumannya itu kelihatan pelik di mata gadis itu. “Dah lama ke awak kenal Redzuan?” berkerut dahi Nadiah tatkala diajukan dengan soalan sebegitu. Dia sememangnya tidak mengerti. Namun, baru sahaja dia ingin membuka mulut bertany pelayan tadi tiba bersama pesanan mereka dan berlalu pergi semula. “Err.. takde terlalu lama sangat kami kenal. Baru aje nak masuk beberapa bulan aje. Kenapa, cik Aien tanya saya tentang Redzuan?” ujar Nadiah sambil menyoal gadis itu kembali. Gadis bernama Aien itu dilihatnya tersenyum yang dia sendiri tidak mengerti maksud senyuman itu. “Biarlah saya berterus-terang saja dengan cik Nadiah. Sebenarnya, dia bakal tunang saya. Kami dijodohkan oleh orang tua kami. Tapi. saya pun tak tahu pulak pasal cik Nadiah dengan Redzuan. Kalau saya tahu....” ujar gadis itu lembut namun kata-katanya sempat dipotong oleh Nadiah. “Apa maksud cik Aien saya dengan Redzuan? Saya tak faham.” Soal Nadiah tenang sedangkan kala itu jantungnya seakan berhenti berdegup apabila mendapat tahu tentang satu kenyataan yang tidak pernah diketahuinya selama ini tentang lelaki itu. “Bukankah awak lebih tahu apa hubungan awak dengan Redzuan, cik Nadiah?” gadis itu mula menambahkan kusut di fikirannya. Dia memandang tepat ke wajah Aien yang ketika itu turut memandangnya. Dia menarik nafas sedalamnya sebelum meluahkan apa yang sepatutnya kepada gadis di depannya waktu itu. “Saya rasa cik Aien dan salah faham tentang hubungan saya dengan Redzuan tu. Sebenarnya hubungan kami tak lebih sebagai kawan. Saya akui kami memang kerap bertemu tapi itu tak bermakna cik Aien boleh membuat andaian sebegitu tentang kami. Memang dia tak pernah menceritakan apa-apa tentang cik Aien kepada saya dan kalau dia menceritakannya sekalipun ia takkan memberi apa-apa kesan pada diri saya kerana saya tak pernah punya apa-apa perasaan pada Redzuan. Sepatutnya cik Aien perlu bertanya pada Redzuan tentang ni kerana Redzuan punya jawapan untuk semua soalan cik Aien. Saya tak dapat nak bantu lebih-lebih kerana saya belum kenal dia sepenuhnya. I’ve to go. Thanks for the treat. Assalamualaikum.” Nadiah bingkas bangun lalu meninggalkan gadis itu sendirian di situ dengan perasaan bercampur-baur.
      Aien hanya mampu memandang gadis itu berlalu pergi meninggalkannya sendirian di situ. Dia sedar dia tidak seharusnya bertanya sebegitu kepada gadis tersebut tapi apakan dayanya. Gara-gara dia sudah tidah tahan lagi apabila sudah terlalu banyak yang membawa mulut bertanyanya itu ini tentang dia dan lelaki itu. Dia mengeluh berat sambil menyedut minumannya. Dia merenung ke luar sambil mengingat kembali kata-kata gadis tadi.

                     *********************************************

REDZUAN yang sedang leka dengan tugasnya terhenti seketika apabila telefon bimbitnya berdering. Dia melihat nama di skrin telefon tersebut dan tidak semena-mena bibirnya mengukir senyum apabila terbaca nama tersebut. Lantas dia menekan punat hijau menjawab panggilan tersebut. “Assalamualaikum, Nadiah.”
      “Waalaikummussaalam. Zuan, awak free tak malam ni?” tanpa menunggu lama juga tanpa berkias lancar sahaja mulut gadis itu menyoal lelaki itu. “Erm.. malam ni saya takde apa-apa. Kenapa, Nadiah?” Redzuan yang tidak mengesyaki apa-apa terus sahaja menjawab. “Saya nak jumpa awak malam ni boleh? Tempatnya saya bagitahu kemudian. Boleh tak?” ujar gadis itu. “Sure. Okay. Tapi, ada apa-apa ke ni? Nampak macam penting aje. Are you alright? Soal Redzuan apabila dirasakan agak pelik kelakuan gadis itu yang tiba-tiba mahu bertemunya malam nanti. “Tak. Saya tak apa-apa. By the way, I will tell you about the place later. Assalamualaikum.” Ujar gadis itu lalu mematikan talian tanpa sempat Redzuan berkata apa-apa lagi. “Waalaikummussalam.” Lelaki itu termenung seketika mengenangkan kelakuan gadis itu sebentar tadi. Sejenak kemudian dia menjungkitkan bahu lantas menyambung kembali tugasnya yang terhenti tadi.

                           *************************************
REDZUAN yang baru sahaja tiba di tasik yang dimaksudkan gadis itu segera melilaukan pandangannya mencari kelibat gadis tersebut. Namun, tidak lama kemudia matanya terpandangkan gadis itu sedang duduk di salah satu bangku yang terdapat di situ. Dia segera menuju ke arahnya. “Assalamualaikum. Dah lama tunggu? Sorry I’m late.” Tegur Redzuan sebaik sahaja menghampiri gadis itu yang kelihatan sedang leka merenung tasik di hadapannya. Malam itu kelihatan agak ramai pengunjung yang datang ke situ. Masing-masing dengan hal sendiri. Redzuan duduk di sebelah gadis itu. “ Waalaikummussalam. Eh, tak adalah. Saya pun baru aje sampai.” Ujar Nadiah sambil melemparkan senyuman dan kemudian memandang ke arah tasik di depannya semula.
      “Apa yang awak nak cakapkan tu? Macam penting aje. Apa dia?” Redzuan mula bertanya tentang tujuan gadis itu mahu bertemunya malam itu. Nadiah menarik nafas panjang sebelum menghembusnya perlahan-lahan seakan melepaskan beban yang sarat di dadanya. Dia sudah membuat keputusannya tentang usul yang pernah dikatakan lelaki itu tempoh hari. Malam itu dia akan memberikan jawapannya. Syuhada sudah tahu segalanya tentang dia, lelaki itu dan juga kemunculan gadis bernama Nur Aien Hafieza itu. Dia sudah menceritakan segalanya kepada temannya itu. Maka, dia sudah berfikir semasak-masaknya tentang itu dan dia yakin keputusannya itu muktamad malahan dia begitu yakin dengan keputusannya itu. “Saya dah ada jawapan tentang hal tempoh hari. Saya dah pun buat keputusan.” Nadiah memulakan kata-kata walaupun hatinya mulai didatangi perasaan sebak. Dia sendiri tidak tahu mengapa perasaan itu harus muncul. Tapi, sedaya upaya dia menahannya daripada menjadi tangisan. Dia akan cuba kuatkan hatinya untuk itu. Redzuan menanti ucapan seterusnya daripada gadis di sebelahnya. Serta-merta dadanya berdegup kencang. Dia berdebar menanti kata putus gadis yang hanya memakai t-shirt biru laut lengan panjang yang dipadankan dengan jeans hitam berserta tudung hitam di kepalanya. Nadiah menunduk memandang ke bawah mencari kekuatan untuk meluahkannya. Dia maenarik nafas sedalam mungkin dan melepaskannya perlahan-lahan sebelum dia mengangkat wajahnya memandang lelaki itu.
      “Saya dah fikir masak-masak tentang ini semua dan keputusan saya tidak. Maafkan saya tapi saya dah muktamad dengan jawapan saya ni. Saya tak dapat nak terima awak, Zuan.” Akhirnya keluar juga apa yang sejak tadi berkurung di hati kecilnya. Nadiah sedikit lega seakan-akan beban yang ditanggung begitu lama akhirnya terlerai jua. Redzuan yang mendengarkan itu hanya memandang sepi tasik di hadapannya. Tidak tahu mahu berkata bagaimana tapi jauh di lubuk hati dia kecewa. Pertama kali dalam sejarah hidup cintanya ditolak oleh gadis yang berjaya mengusik hati lelakinya. Redzuan mengeluh berat. “Kenapa? Awak dah ada orang lain ke?” soal lelaki itu mahukan kepastian dari jawapan gadis itu. “Tak. Keputusan saya ni bukan sebab saya dah ada orang lain. Saya memang tak ada sesiapa pun lagi setakat ni. Keputusan saya ni sebab atas kerelaan saya sendiri tanpa paksaan daripada sesiapa pun. Maafkan saya. I’ve to go now. There’s nothing to say anymore. Thanks for coming and sorry for wasting your time. Assalamualaikum.” Ujar Nadiah panjang lebar seraya bingkas meninggalkan lelaki itu sendirian di situ. Dia sendiri sebenarnya tidak mampu untuk berlama-lama di situ kerana dia sendiri tidak punya kekuatan lagi untuk berdepan dengan lelaki itu. Lelaki yang juga berjaya mengusik tangkai hatinya. Tapi, dia harus merelakan semua itu demi kebaikan semua. Dia memalingkan kepalanya mahu melihat lelaki itu buat kali terakhirnya. Ternyata lelaki itu masih di bangku itu merenung menghadap tasik tersebut. Nadiah sendiri tidak tahu apa yang sedang difikirkan lelaki itu. Dia meneruskan langkahnya tanpa menoleh lagi. ‘Terima KasihYa Allah untuk kekuatan yang Engkau berikan kepada hambaMu ini.’ Bisik hati kecil Nadiah sambil tersenyum lega. Biarlah dia hidup sendirian dahulu buat masa ini kerana dia yakin suatu saat kebahagiaan turut menjadi miliknya jua dan dia nantikan hari itu.

                                *******************************************

“Kau jaga diri kat sana nanti tau. Aku akan rindukan kau sangat-sangat lepas ni. Kalau  free tu jangan lupa email aku tau. Aku kat sini kau tak perlu risau sangat. Nazri ada tolong kau jaga aku.” pesan Syuhada panjang lebar sementara menanti temannya itu berlepas ke UK malam itu. Dia turut sedih mengenangkan nasib temannya yang satu itu. Cuma apa yang dia harapkan gadis itu akan menemui kebehagiaannya suatu hari nanti. “Kau jangan risaulah Sue. Aku takkan apa-apa kat sana nanti. Aku akan jaga diri aku. Aku janji bila aku ada masa aku email kau nanti. Tapi, kau pun kena fahamlah aku kat sana kerja bukan bercuti. Tak lamalah aku pergi. Selesai aje kerja aku tu aku baliklah sini.  I will miss you too. Always my friend.” Ujar Nadiah sambil memeluk Syuhada buat kali terakhir sebelum dia akan menuju ke balai berlepas. “Nazri, tolong jaga kawan kesayangan aku ni baik-baik tau. Kalau kau sakitkan dia siaplah kau aku balik nanti.” Ugut Nadiah sekadar gurauan. Nazri hanya mengangkat tangannya tanda kalah. Mereka mula berpisah. Kedua-dua gadis itu berpelukan sekali lagi lebih erat daripada tadi sebelum pelukan itu dileraikan. Syuhada dilihatnya menitiskan airmata. Nadiah terasa begitu sayu dan berat hati mahu meninggalkan temannya itu, namun apakan daya demi tugasnya di sana dia harus berkorban. “Dahlah menangisnya. Aku pergi bekerjalah bukan pergi berperang pun. Ish.. kau niii... buruk rupa tu tau tak.” Kata Nadiah sengaja bergurau mahu menutup rasa sebak yang menggigit tangkai hatinya. “Aku pergi dulu Sue, Nazri. Kirim salam dekat Zuan. Sue jangan lupa apa yang aku amanahkan kat kau tadi tu okay.” Nadiah mengingatkan kembali Syuhada akan sesuatu lantas gadis itu mengangguk sambil tersenyum. “Assalamualaikum.” Ucap Nadiah seraya mula melangkah meninggalkan mereka berdua di situ. “Waalaikummussalam.” Jawab Syuhada dan Nazri serentak.  Sebaik sahaja Nadiah berpaling melangkah menuju ke balai berlepas airmata yang sejak tadi ditahannya akhirnya tumpah jua menyentuh pipi mulusnya. ‘Selamat tinggal, Zuan.’ Bisik hati kecilnya.

                               **************************************
REDZUAN memberhentikan keretanya betul-betul di hadapan pintu pagar rumah teres dua tingkat itu sebelum dia mematikan enjin dan keluar. Dia melihat kereta Satria Neo putih metalik tersadai di garaj serta Suzuki Swift merah hati turut ada bermakna rumah itu berpenghuni. Segera dia menekan loceng sebelum menanti tuan rumah keluar. Beberapa minit kemudian kelihatan Syuhada yang membuka pintu rumah dan berjalan menuju ke arahnya sambil melemparkan senyuman. “Assalamualaikum, Sue.” Ucap Redzuan cuba memaniskan bibirnya sedangkan dalam hatinya menjerit-jerit ingin bertanya tentang gadis yang sudah hampir seminggu tidak diketahui khabar berita. “Waalaaikummussalam. Ada apa Zuan?” jawab Syuhada lalu bertanya tujuan kedatangan lelaki itu walaupun dia sudah dapat mengagaknya tetapi sengaja mahu berbasa-basi. “Err.. Sue, Nadiah ada tak? Saya nak jumpa dia sekejap boleh?” ujar lelaki itu. kedengaran gadis di depannya itu mengeluh berat sebelum membuka mulut ingn berkata sesuatu kepadanya. “Hmm.. Nadiah takde Zuan. Dia dah seminggu berada di UK atas urusan tugas yang perlu dia uruskan kat sana.” Demi mendengarkan itu Redzuan serasa dunianya bagaikan gelap. “UK?? Ta.. tapi, dia tak bagitahu saya apa-apa pun tentang ni. Berapa lama dia dekat sana?” soal Redzuan walaupun dia tahu tiada gunanya lagi untuk dia tahu tentang semua itu. “Ya. Saya tahu dia tak bagitahu awak pasal ni. Dia sendiri yang buat keputusan tu. Saya tak pasti berapa lama dia dekat sana. Oh ya, she left something for you. Wait a minute I’ll take it.” Syuhada tiba-tiba teringatkan sesuatu yang dititipkan kepadanya oleh gadis itu untuk diserahkan kepada lelaki itu. Segera dia berlari masuk ke dalam rumah mengambilnya sebelum dia keluar semula untuk diserahkan kepada lelaki itu. “Nah. Ini yang dia sempat titipkan pada saya untuk awak. Katanya kalau awak datang dia suruh saya bagi surat ni kat awak. Dia pun ada kirim salam kat awak sebelum dia berlepas haritu.” Terang Syuhada lagi sambil menghulurkan surat tersebut.
      Redzuan mengerutkan dahinya sambil menyambut surat itu. dia tidak berniat mahu membacanya sekarang. “Surat apa ni?” tanya Redzuan hairan. Syuhada dilihatnya hanya menjungkitkan bahu tanda tidak tahu. “Thanks. Takpelah kalau macam tu. Saya mintak diri dulu. Maaf menganggu awak. Assalamualaikum.” Ujar lelaki itu tanpa menunggu gadis itu menjawab salamnya seraya mula berpusing semula menuju ke arah keretanya lalu membuka pintu kereta sebelum dia memboloskan diri ke dalam perut kereta tersebut. Enjin dihidupkan lantas kereta itu meluncur pergi meninggalkan perkarangan perumahan itu. “Waalaikummussalam.” Jawab Syuhada perlahan walaupun kelibat lelaki itu sudah lenyap daripada pandangannya. Kasihan dia melihat reaksi lelaki itu tadi apabila dikhabarkan tentang temannya. namun, apakan dayanya sudah itu keputusan yang dibuat temannya. dia mengeluh lagi sebelum melangkah masuk ke dalam rumah semula.

                             
                                  ***********************************

SAMPUL surat berwarna putih itu dibukanya perlahan-lahan sebelum dia mengeluarkan isi sampul tersebut. Turut berserta sekuntum ros putih yang sudah hampir layu mungkin kerana sudah lama surat itu disimpan sebelum diserahkan kepadanya. Dia menelan liur sebelum berura-ura mahu membaca isi surat tersebut. Dia menarik nafas dalam sebelum melepaskannya perlahan-lahan. Dia mula membaca isi surat tersebut lalu cuba difahami maksud kata-kata isi surat daripada gadis itu.

Assalamualaikum, Zuan.
Terima kasih sebab sudi menerima dan membaca surat saya ni walaupun saya tahu dah tak ada gunanya lagi semua ni. Pertama sekali saya nak ucapkan terima kasih atas semua kebaikan awak pada saya selama kita berteman selama ini. Sejujurnya, saya senang sekali berteman dengan awak. Saya pun nak minta maaf kat awak sebab pergi tanpa kata apa-apa. Saya hanya mampu tinggalkan surat ni sebagai pengganti diri saya. Mungkin masa awak baca surat ni saya dah berada di UK. Semua yang terjadi terlalu cepat bagi saya dengan kehadiran awak dalam hidup saya saat saya masih mengingati ‘dia’. Saya buat keputusan sebegini kerana saya belum layak untuk menerima huluran kasih awak pada saya kerana saya tahu ada seseorang yang sedang menantikan awak, Nur Aien Hafieza. Saya yakin dia yang lebih layak untuk awak, bukan saya. Dia lebih perlukan awak berbanding saya. Saya tak mahu andainya saya menerima awak ada insan lain yang menderita. Jadi, biarlah saya yang berundur. Saya tak mahu melihat ada hati lain yang sedih sedangkan saya berbahagia di samping awak kerana saya pernah merasai semua itu awak. Saya harapkan awak mengerti kenapa saya melakukan semua ini. Saya berdoa dan berharap agar awak boleh bahagiakan Aien sepertimana awak pernah bahagiakan saya selama ni. Jangan pernah ragu-ragu dengan dia awak kerana saya pasti Aien seseorang yang telah diciptakan Allah untuk awak. Saya tak diciptakan untuk awak. Dan saya yakin dia boleh bahagiakan awak. Saya akan teruskan hidup saya seperti biasa walaupun sendirian lagi kali ini, tapi saya tak kisah asalkan orang yang saya sayangi bahagia di samping insan yang sepatutnya untuk seseorang itu.
      Saya tinggalkan ros putih ni untuk awak sebagai tanda persahabatan kita yang takkan pernah berakhir walaupun kita mungkin tidak akan bertemu lagi selepas ini. Ros putih ni bisa layu bila-bila masa  aje tapi  persahabatan yang pernah terjalin antara saya dan awak takkan pernah layu dan berakhir. Wassalam...                          – sahabatmu, Nadiah.


      Redzuan melepaskan keluhan berat sebaik sahaja selesai membaca surat tersebut. Dia mencapai ros putih yang diberikan gadis itu dan meletakkannya kembali di atas meja di tepi katil bujangnya bersama-sama surat tersebut. Dia melangkah menuju ke balkoni apartmennya merenung suasana malam yang kian larut menemani dirinya yang sendirian kala itu. Dia kembali mengingat kembali bait-bait isi surat yang dibacanya sebentar tadi. ‘Terlalu besar pengorbanan yang awak lakukan, Nadiah. Tetapi, mampukah saya untuk menerima segala pengorbanan awak ini? Saya tak layak untuk pengorbanan awak pada saya.’ Desis hati kecil lelaki itu sambil matanya masih merenung ke langit. Dia berdoa dan berharap agar suatu saat Allah akan memberikan petunjuk kepadanya untuk mengharungi masa-masa yang bakal mendatang. Kala itu hanya hatinya sahaja yang berbicara sendiri bertemankan kesepian dan kerinduan.
                                               ~TAMAT~
                                                                                                                                            syann1107

4 comments:

sue ker ati larh said...

waaa...dew nme syuhada arr....hahaha....tharunye....dewkah 2 ak??? toink...toinkkk.... =,=

Anonymous said...

hahaha... n nazri jugakkkkk...ehehehehehe....lalalala...toink3... :D

zam said...

terbaek................

Ganis Tiramisu said...

thnx zam zaid

Post a Comment


ShoutMix chat widget